Negaraku@Komuniti Rapatkan Pemimpin dan Rakyat

negaraku@komuniti

 

 Laporan dan foto : Syed Hisham Shah (Putrajaya)

BOTA, 16 Okt (Malaysiaaktif) – Negaraku@Komuniti Peringkat Negeri Perak berjaya merapatkan pihak kerajaan dengan penduduk setempat.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, kementerian melalui Jabatan Penerangan kini giat melaksanakan aktiviti berkonsepkan Negaraku 1 Malaysia yang dinamakan Negaraku@Komuniti.

Salleh menyeru masyarakat supaya bersatu padu biarpun berbeza pandangan dalam memastikan keharmonian negara terpelihara.

Terdahulu dalam ucapannya, Salleh menyelar tindakan pihak-pihak tertentu yang menurutnya sentiasa berusaha memporak perandakan keamanan negara.

Rangkaian maklumat dikongsi bersama-sama.

Rangkaian maklumat dikongsi bersama-sama.

“Sehubungan itu rakyat perlulah bersatu dalam menangani isu ini. Kita turut berterima kasih kepada pihak keselamatan yang sentiasa memberi keutamaan kepada isu keselamatan negara,” katanya sempena perasmian majlis tersebut di Padang Sekolah Menengah Dato’ Abdul Rahman Yaakub, di sini, semalam.

Selanjutnya, Salleh berkata rakyat menginginkan pemimpin yang memahami kehendak mereka serta kerajaan yang mampu menyediakan peluang pekerjaan.

“Rakyat tidak mempunyai pilihan selain daripada mengekalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah sekarang demi kelangsungan dan masa depan negara.

“Para pemimpin juga bukan hanya perlu turun padang bertemu rakyat di peringkat akar umbi  tetapi perlu turut memberi penjelasan tentang isu-isu semasa di samping menyelesaikan sebarang pemasalahan yang timbul,” jelasnya lagi.

Program dua hari itu dirasmikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir.

Zambry dalam ucapannya menolak tohmahan pihak-pihak tertentu yang mengatakan ekonomi negara di dalam tahap yang membimbangkan.

Price Waterhouse dalam laporannya telah membuat unjuran, negara-negara yang akan menguasai ekonomi dunia pada tahun 2050. Terdapat 32 buah negara akan menguasai 85% ekonomi dunia dan salah satunya adalah Malaysia.

“Negara kecil dengan bilangan penduduk yang kecil tetapi akan menguasai ekonomi dunia. Ini membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan kemajuan dan pembangunan negara terarah,” ujarnya.

Antara pameran yang disediakan sepanjang program Negaraku@Komuniti di padang SMK Dato' Abdul Rahman Yaakub, Bota Kanan, Perak.

Antara pameran yang disediakan sepanjang program Negaraku@Komuniti di padang SMK Dato’ Abdul Rahman Yaakub, Bota Kanan, Perak.

Sepanjang dua hari berlangsung, pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya pameran Caring Bridge, Kembara Jalinan Kasih, Kenduri Kampung, ASEAN@YOURfingertips, pertandingan mewarna, sukan rakyat, pertandingan nyanyian Bintang Patriotik serta Kayuhan Sepakat 1Malaysia.

Gerai-gerai jualan, pameran daripada agensi-agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dan swasta turut diadakan sepanjang program itu.

Sementara itu, Haji Mohd Tahir Mohd Zan, 70, dari Beruas yang ditemui semasa program menyifatkan program ini sebagai pembuka fikiran.

“Datangnya ke sini, saya dapat pelbagai maklumat yang bermanfaat. Dahulunya saya cukup fobia dengan hospital, datang sini terus hilang takut. Maklumat kesihatan pun dapat, ujarnya lagi.

Berkongsi nada yang sama, Rahmah Shahamin, 55, dari Tambun cukup teruja dapat bersama-sama memeriahkan program ini.

“Hari ini, makcik tinggal anak dan cucu di rumah semata-mata untuk meraikan majlis yang cukup meriah ini,” jelasnya.

“Pelbagai maklumat dan informasi terdapat di sini. Selama ini kita hanya mendengar cerita daripada satu pihak sahaja, tapi di sini kita dapat mengetahui tentang kesahihan sesuatu maklumat tersebut.

“Sebelum ini, saya tidak maklum tentang kewujudan portal sebenarnya.my. Batang sini baru tahu ada portal sebegini yang memberikan kita penjelasan tentang sesuatu isu, bagi saya ini sesuatu yang baik,” jelasnya yang ditemui di tapak pameran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang turut mengambil bahagian di dalam program tersebut.

Acara dianjurkan oleh anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen).

 

-SH/AAS

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...