Najib Ceriakan Pagi Ahad Penduduk Kerinchi Kuala Lumpur

98dda4d8-671e-4b4f-9cd2-1f74a57f128a

 

Oleh Tengku Zuhri Aziz, Aini Hussain / Foto: Bakhriz Baharom, Bernama & Roslan Rasali

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Malaysiaaktif) — Keceriaan dan keterujaan terserlah di sekitar kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, Lembah Pantai pagi tadi dengan kemunculan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketibaan beliau pada kira-kira pukul 10.45 disambut mesra oleh orang ramai yang membeli-belah dan berniaga di Bazaria Kerinchi dan Pasar Tani di situ.

33665c3a-1269-469d-af0e-77cab15295f1

Lawatan mesra tidak dibelenggu protokol yang mendekatkan Perdana Menteri dengan penduduk setempat memberi peluang bagi para peniaga untuk menyalurkan persoalan dan masalah kepada pemimpin nombor satu negara dan juga Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai, Datuk Seri Utama Raja Nong Chik Zainal Abidin secara bersemuka.

Antara perkara yang disentuh Najib termasuk tentang harga barangan, seperti ayam, ikan dan sayur-sayuran.

972d5072-9595-4b99-8705-c9022814b7dd

46537001

Seterusnya, seperti mana dilakukan semasa lawatan beliau ke tempat-tempat lain di serata negara, Perdana Menteri telah singgah ke Kedai Pak Ayop Tip Top bersama orang ramai untuk menikmati sarapan pagi nasi lemak, putu piring dan teh tarik kurang gula kegemarannya.

Najib berkata beliau berbesar hati dapat bersama penduduk PPR Kerinchi dan Lembah Pantai untuk, antara lain menyentuh rakyat serta mendengar segala masalah yang dihadapi mereka.

c4a67b77-7d46-444b-9f4c-f6a2a64f1571

Antara pemimpin masyarakat yang ditemui beliau termasuk Pengerusi Persatuan Penduduk Desa Aman, Sarjan Agus, Pengerusi Persatuan Penduduk Flat Jawi, Wakil Blok19 Persatuan Penduduk Suhaimi Che Min, Rosli Ishak, Pengerusi Blok 100, Sri Pantai, Puan Tuksiah, Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Pantai Ria Mohd Radhi Razali, Pengerusi Persatuan PDDK KTM Ishak Abdullah dan para pemimpin UMNO Lembah Pantai.

Sementara itu, Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa beberapa keperluan, termasuk beberapa projek perumahan mampu milik di kawasan PPR itu akan ditambah.

Ini, menurut beliau adalah sebahagian daripada fokus agenda Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang menitik beratkan aspek kesejahteraan dan kebajikan rakyat.

 

-AAS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...