Talian Khidmat JWKS Bantu Tangani Kes Keganasan Rumah Tangga

IMG-20171109-WA0054

 

 Laporan dan foto : Aishah Latip / Jaed Tepus(Sarawak)

KUCHING, 9 Nov (Malaysiaaktif) – Talian Khidmat Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS), dilancarkan bagi membantu mendapatkan khidmat nasihat, para kaunseling dan prosedur undang-undang daripada agensi yang berkaitan.

Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg menjelaskan talian ini merupakan kesinambungan daripada penerbitan buku Panduan Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam menangani keganasan rumah tangga (KRT) terhadap wanita dan kanak-kanak.

Abang Johari (tengah) melancarkan talian khidmat JWKS di Dewan Undangan Negeri, di sini.

Abang Johari (tengah) melancarkan talian khidmat JWKS di Dewan Undangan Negeri, di sini.

“Talian khimat ini turut membantu wanita yang memerlukan khidmat kaunseling, mereka yang memerlukan sokongan emosi serta mereka yang ingin mengetahui prosedur berkenaan kes penderaan, perceraian, dan hak penjagaan anak, ujarnya ketika melancarkan talian khidmat JWKS di ruang legar Dewan Undangan Negeri, di sini siang tadi.

“Menurut statistik yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kes keganasan rumah tangga di Sarawak pada tahun 2016 meningkat kepada 427 kes berbanding pada tahun 2015 dengan hanya 279 kes.

“Malah, pada tahun ini statistik PDRM menunjukkan sebanyak 323 kes telah berlaku sepanjang Januari hingga Julai 2017.

“Talian khidmat JWKS akan beroperasi dari 8 pagi hingga 5 petang manakala talian bebas tol 24 jam akan beroperasi dalam masa terdekat. Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut bolehlah menghubungi talian
082-448866,” jelasnya lagi.

Pada masa yang sama, Abang Johari turut menyaksikan Pameran Melestarikan Kesejahteraan Komuniti anjuran Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti dan Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak.

Turut hadir, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak, Datuk Seri Fatimah Abdullah, Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti, Datuk Francis Harden Hollis, dan Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Rosey Yunus.

-SH

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...