Program ‘Jom Pi Pasar’ Bantu Yang Kurang Berkemampuan

jompi

 

Oleh Datuk Lai Kong Fah ,Datin Azizan Shariff & Aini Hussain

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Malaysiaaktif) — Ke arah terus membantu rakyat menangani kos sara hidup yang semakin meningkat, Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Lembah Pantai pagi tadi mengadakan program ‘Jom Pi Pasar’ untuk penduduk kawasan berkenaan.

Seramai lebih 70 orang warga kurang mampu dipilih untuk menerima baucar bernilai RM20 yang boleh digunakan untuk membeli barangan di pasar.

a838fef2-147a-4b99-a9aa-9b73fbeb199c

e58dcf3d-4781-476d-ba7f-c7c5170e6743

Program ‘Jom Pi Pasar’ telah diadakan sejak sekian lama di kawasan Lembah Pantai membabitkan beberapa buah lokasi sejak awal tahun ini.

Program yang berlangsung daripada pukul 8.30 hingga 10.00 ini dirasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai, Datuk Seri Raja Nong Chik Zainal Abidin.

Turut hadir dan membantu, Ketua Wanita Bahagian Lembah Pantai Datin Azizan Shariff, Ketua PDM Taman Sri Sentosa Selatan Datuk Lai Kong Fah, Ketua Wanita UMNO Sri Pinang Mastura Ebrahim dan Ketua UMNO Cawangan Sentosa AC4 Ria Haji Ramlan Abbas.

a131a58a-b97d-4cb8-91f8-107faeb911dd

 

-AAS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...