Busana Melanau Antara Tarikan di Festival Kraf Sarawak

720019c3-2328-481c-98ea-5c592d89af08

 

 Laporan dan foto : Mohd Baharruddin Mohamad (Sarawak)

KUCHING, 14 Nov (Malaysiaaktif) – Festival Kraf Sarawak yang sedang berlangsung di Tebingan Sungai Kuching berjaya menarik kunjungan ribuan pengunjung yang ingin mendapatkan barangan kraf dengan pelbagai koleksi menarik dan harga istimewa.

Festival anjuran Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia ini berlangsung hingga Ahad ini turut mengumpulkan lebih 100 usahawan kraf dari seluruh Malaysia.

Latip mengemas barang untuk dijual dan dipamerkan.

Latip mengemas barang untuk dijual dan dipamerkan.

Antara yang turut serta dalam festival ini, Abdul Latip Hj Mohti, yang tidak asing dalam dunia fesyen tempatan terutamanya fesyen yang bertemakan kaum Melanau di Sarawak.

Beliau yang memiliki butik sendiri yang dinamakan Butik Latip’s Collection terkenal dengan keunikan dan hasil tangannya sering mengikuti pameran diseluruh Sarawak mahupun di luar negeri.

Latip banyak menjual pelbagai aksesori Busana Melanau dan menerima tempahan daripada pengunjung disamping turut menyediakan baju siap busana Melanau untuk dijual mahupun disewa untuk sebarang majlis.

“Butik Latip’s Collection turut menyediakan perkhidmatan pakar menjahit pelbagai jenis fesyen, sewaan, mereka baju pengantin, serta khidmat runding dan pakej perkahwinan,” ujar penerima Anugerah Booth Tercantik dan Terbaik Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Peringkat Negeri Sarawak, baru-baru ini.

Latip mula berkecepung dalam seni rekaan sejak 13 tahun dahulu iaitu pada tahun 2004, dan turut mendapat bantuan modal dari Sarawak Economic Development Corporation (SEDC) berbentuk geran sebanyak RM13 ribu untuk mengembangkan perniagaan beliau.

“Saya turut berharap agar dapat memiliki sebuah premis perniagaan lengkap dengan fasiliti menjahit, ruang pameran dan pejabat pentadbiran suatu hari nanti,” katanya.

– SH

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...