Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Tebingan Kuching Bakal Tarik Ribuan Pengunjung Minggu Ini

By 14 November 2017November 15th, 2017Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Mohd Baharruddin Mohamad dan Chua Shim Choon (Sarawak)

KUCHING, 14 Nov (Malaysiaaktif) – Ribuan pengunjung dijangka memenuhi Tebingan Kuching bagi menyaksikan Sarawak Regatta 2017 yang akan bermula 17 hingga 19 November ini.

Menurut pihak Jawatankuasa Pengelola Sarawak Regatta 2017, Residen  Bahagian Kuching, Shukarmin Chasemon, penganjuran temasya yang bertemakan “Race for Harmony” ini amat relevan dalam usaha kerajaan untuk menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Acara tahunan ini cukup mendapat sambutan bukan sahaja warga tempatan malah turut mendapat penyertaan daripada luar negara.

Acara tahunan ini cukup mendapat sambutan bukan sahaja warga tempatan malah turut mendapat penyertaan daripada luar negara.

“Sarawak Regatta yang diadakan pada setiap tahun bertujuan memupuk dan memperkuatkan impian kita untuk menjulang dan menyemarakkan Sarawak dipersada dunia lebih-lebih lagi sebagai salah sebuah destinasi pelancongan yang maju, progresif, sejahtera dan unik.

“Kejayaan penganjuran Sarawak Regatta tahun ini merupakan manifestasi wujudnya kerjasama daripada pelbagai agensi kerajaan dan persekutuan serta pelbagai badan korporat melalui sumbangan mahupun tajaan utama di mana kali ini Syarikat Petroliam Nasional Berhad (Petronas) bertindak sebagai penaja utama,”ujarnya.

Di samping itu, Sarawak Regatta merupakan antara acara tarikan pelancong yang terbesar di Negeri Sarawak.

Pada masa yang sama, pengunjung dapat mengambil kesempatan menyaksikan Jambatan Darul Hana yang menjadi mercu tanda baharu Bandar Kuching yang baru dirasmikan Sabtu lalu, disamping menyaksikan acara sukan air yang terkenal di Sarawak ini.

– SH/AAS

Tinggalkan komen anda