Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantan

JPNK Pastikan Akta Perhutanan Negara Dipatuhi

By 22 November 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Mohd Sukri Ismail, Azmi Abd. Rahman (Machang)

MACHANG, 22 Nov (Malaysiaaktif) – Operasi Bersepadu Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) dan pelbagai agensi kerajaan menunjukkan impak positif dalam penguatkuasaan hutan secara khususnya.

Menurut Ketua Komandan Operasi Bersepadu Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan, Nor Azirim Ahmad, operasi bersepadu yang dijalankan sejak Selasa lalu memberi impak besar kepada masyarakat berkaitan peranan JPNK dalam memartabatkan Akta Perhutanan Negara agar sentiasa dipatuhi dan dihormati.

Roslan ketika berucap merasmikan Majlis Penutup Operasi Bersepadu Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan.

Roslan ketika berucap merasmikan Majlis Penutup Operasi Bersepadu Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan.

“Secara keseluruhannya operasi telah membuka mata semua pihak akan fungsi dan peranan Jabatan Perhutanan selain daripada memelihara khazanah sumber hutan yang ada dan keperluan untuk penguatkuasaan,” ujarnya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Kanan, Rosilan Said, menjelaskan kerjasama ini diharapkan dapat menjadi budaya kerja dalam meningkatkan aspek penguatkuasaan hutan dan penguatkuasaan yang lain sekaligus menberi kesedaran kepada masyarakat untuk menghormati undang-undang yang telah sedia ada terutamanya menguatkuasakan Akta Perhutanan Negara 1984.

“Sepanjang operasi ini dijalankan, beberapa aspek pemeriksaan telah dilakukan oleh kakitangan berdasarkan peruntukan di bawah Akta Perhutanan Negara, Akta Kualiti Alam Sekeliling, Kanun Tanah Negara, Kanun Perosidur Jenayah, Akta Pengangkutan Jalan, Akta Imigresen Negara beserta akta yang diperuntukan di bawah agensi lain.

“JPNK telah berjaya mengesan pelbagai kesalahan hutan melalui modus operandi yang berbeza seperti kawasan perlombongan yang melanggar syarat lesen, kilang-kilang industri berasaskan kayu yang beroperasi secara haram dan melanggar syarat, pencerobohan kawasan hutan simpanan kekal untuk tujuan terokaan haram.

“Selain itu pihak kami turut mengesan semakan transit penyalahgunaan pas pemindahan hasil hutan melalui sekatan jalan raya yang diadakan bersama dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan  Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),” ucapnya yang mewakili Pengarah JPNK merasmikan majlis penutup operasi tersebut, di Pusat Latihan Perhutanan Negeri Kelantan, Bukit Bakar, di sini, siang tadi.

Sepanjang operasi ini dijalankan, sebanyak sepuluh kertas telah dibuka dan dipecahkan kepada enam kes, akan disiasat mengikut Enakmen Berasaskan Kayu Pindaan Negeri Kelantan 2012.

Sebanyak empat kes telah disiasat mengikut peruntukan Akta Perhutanan Negara Seksyen 69, Seksyen 68, Seksyen 32, dan Seksyen 50.

 

-SH/AAS

 

Tinggalkan komen anda