Skip to main content
Berita TempatanLabuanWilayah Persekutuan

UPSR-SRK St. Anne Labuan Catat 97% Lulus

By 23 November 2017Tiada komen2 minit bacaan

Laporan: Mohd Faizal Mansor/Foto: Jeffrey Nian

LABUAN, 23 Nov (Malaysiaaktif) – Sekolah Kluster Kecemerlangan Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) St. Anne Wilayah Persekutuan Labuan berjaya mencatatkan 97% lulus iaitu sekurang-kurangnya mencapai gred D dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi pelaksanaan Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) UPSR 2017 yang diperkenalkan pada tahun ini.

“Sekolah itu juga turut mencapai 100% lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sains,” ujar Guru Besar, Shim Ching Teo semasa pengumuman PPSR UPSR 2017 di sekolah tersebut, pagi tadi.

Guru Besar SRK St. Anne, Teo sedan ditem ubual oleh pemberita

Guru Besar SRK St. Anne, Teo

Tambahnya, pelaksanaan PPSR UPSR pada kali ini bukan sahaja memfokuskan kecermerlangan mata pelajaran UPSR bahkan PPSR turut mengandungi laporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Psikometrik serta Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).

“Pelaksanaan PPSR ini akan lebih mengenali kecenderungan serta potensi para pelajar ini kerana pentaksiran yang dilakukan ialah secara menyeluruh dan tidak hanya sekadar pencapaian akademik.

“Pihak kami mengambil langkah proaktif hasil daripada keputusan PPSR kali ini untuk menambah baik segala kelemahan yang ada bagi mempersiap siaga calon PPSR UPSR tahun hadapan dengan mengambil kira reaksi daripada guru-guru dan ibu bapa pelajar itu sendiri,” tambah Teo.

Bagi pelajar Sharon Leon Ambang 12, keputusan cemerlang 6A dalam ujian UPSR tersebut didedikasikannya kepada keluarganya yang memberi sokongan serta bimbingan.

“Walaupun PPSR UPSR 2017 kali ini agak mencabar namun bukan menjadi alasan untuk terus cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik bahkan bidang kokurikulum juga,” ujarnya.

Subramaniam(kiri) bangga dengan anaknya Hariprasad (tengah) dan ibunya

Subramaniam(kiri) bangga dengan anaknya Hariprasad (tengah) dan ibunya

Seorang lagi pelajar cemerlang PPSR UPSR sekolah itu, Hariprasad Muniandy, 12, berterima kasih kepada tenaga pendidik SRK St. Anne Labuan yang telah membimbing dan memberi galakan kepadanya dan rakan yang lain dalam menempuhi ujian PPSR UPSR yang kali pertama diperkenalkan pada tahun ini.

Dalam pada itu, bapa kepada Hariprasad, Subramaniam Muniandy, 53 berkata dia optimis kejayaan anaknya turut dibantu dengan kecermerlangan guru-guru sekolah tersebut yang bertungkus- lumus dalam mendidik para pelajar lebih-lebih lagi dalam membentuk dan mencari potensi yang ada seperti yang terkandung dakam objektif PPSR UPSR kali ini.

Seramai 1,253 orang pelajar yang menduduki peperiksaan UPSR di Labuan pada tahun ini.

Tinggalkan komen anda