Skip to main content
Berita TempatanNegeri Sembilan

‘Moh Makan Durian’ Erat Masyarakat

By 25 November 2017Tiada komen2 minit bacaan

Laporan & Foto: Khairudin Manaf

JELEBU, 25 Nov (Malaysiaaktif) – “Jamuan makan dan program seperti ini dapat memberi dan melahirkan semangat perpaduan berbilang bangsa. Walaupun program ini untuk Komuniti Cina tetapi kaum lain juga dijemput”.

Fon Yoon Fook

Fon Yoon Fook

Demikian kata peniaga dari Pekan Simpang Durian, Fon Yoon Fook, 32 ketika sesi Moh Makan Durian’ bersempena program Jalinan Kasih Bersama Komuniti Masyarakat Cina Parlimen Jelebu di sini, petang semalam.

Tambahnya, kerajaan hari ini telah banyak membantu rakyat dengan mewujudkan UTC (Pusat Transformasi Bandar) bagi memberi kesenangan kepada orang ramai untuk pelbagai urusan tanpa perlu pergi ke Bandar Seremban,” ujarnya.

Sementara itu, seorang warga emas dari Durian Tipus Jelebu, Tam Keim Chai, 80 berkata,  dia dijemput hadir bukan sahaja untuk menerima bantuan daripada kerajaan tetapi juga dijemput makan durian dan dihiburkan dengan persembahan kebudayaan Cina.

 

Dalam pada itu, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan merangkap ADUN Pertang, Datuk Jalaluddin Alias berkata, kerajaan pimpinan Perdana Menteri kita dalam Bajet 2018 yang dibentangkan baru-baru ini bukan sahaja untuk masyarakat Melayu tapi juga untuk masyarakat Cina, India dan juga tidak ketinggalan masyarakat Orang Asli.

“Semua diambil kira dalam Bajet 2018, diberikan untuk semua kaum dalam negeri dan juga negara. Saya berharap masyarakat Komuniti Cina di Simpang Durian ini agar bersama-sama dengan kerajaan demi masa depan terutama kepada generasi muda akan datang bagi mencapai kejayaan dalam TN50,” jelasnya.WhatsApp Image 2017-11-24 at 11.48.39 PM

Program anjuran Jabatan Penerangan Malaysia turut diselitkan dengan penjelasan tentang Bajet 2018 yang telah disampaikan oleh pegawai abatan Penerangan Johor, Tan Wei Lee,

Hadir sama ADUN Klawang, Datuk Yunus Rahmat.

-SF

Tinggalkan komen anda