Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelaka

‘Green The City’ Melaka 2017 Catat Sejarah

By 27 November 2017Disember 1st, 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : M Zakry Chan (Melaka)

MELAKA, 27 Nov (Malaysiaaktif) – Lebih 80,000 generasi muda bersama Datuk Seri Najib Razak di Dataran 1Malaysia, Klebang disini, semalam, bagi merasmikan Perhimpunan Gen Y ‘Green The City’ Melaka 2017.

Najib menanam kapsul warkah PM sempena  Perhimpunan Gen Y Green The City Melaka 2017, di sini, semalam.

Najib menanam kapsul warkah PM sempena Perhimpunan Gen Y Green The City Melaka 2017, di sini, semalam.

Najib menasihatkan golongan muda jangan takut memasang impian dan bertekad mengejar impian tersebut hingga mencapai kejayaan.

“Sebagai contoh usahawan ‘Coconut Shake’ Klebang yang kini berjaya dan terkenal seluruh Malaysia dan pelancong-pelancong luar kerana usaha dan kerja keras pemiliknya, tidak mustahil satu hari nanti ‘Coconut Shake’ Klebang ini setanding syarikat antarabangsa lain,” katanya ketika berucap di Majlis Perasmian Perhimpunan Gen Y ‘Green The City’ Melaka 2017.

Program ini memberi mesej penting dalam membentuk generasi TN50 - Kamanurzamani.

Program ini memberi mesej penting dalam membentuk generasi TN50 – Kamanurzamani.

Bendahari Belia 4B Kawasan Alor Gajah, Kamanurzamani Musa, 41, menjelaskan program yang julung kali diadakan ini telah memberi mesej penting dalam membentuk generasi TN50 yang akan membawa negara ke mercu kejayaan.

“Disamping itu juga program ini dapat menerapkan budaya amalan hijau dikalangan generasi muda dan sudah tentu akan melestarikan kehidupan masyarakat di Melaka,”, ujarnya.

Manakala seorang peserta, Mohd Fairuz Mohd Rashid, 34, biarpun keadaan cuaca tidak mengizinkan, ini tidak menghalangnya daripada menyertai program ini.

Norazril menjelaskan kehadiran golongan muda hari ini membuktikan mereka seiring dengan aspirasi TN50.

Norazril menjelaskan kehadiran golongan muda hari ini membuktikan mereka seiring dengan aspirasi TN50.

“Walaupun keadaan hari ini becak akibat hujan lebat yang turun sejak awal pagi tadi namun kehadiran golongan muda tetap memberangsangkan, inilah semangat generasi muda yang harus ada untuk bersama aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh kerajaan,” katanya.

Setiauasaha Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Alor Gajah, 36, Ahmad Norazril Abd Aziz menjelaskan kehadiran golongan muda hari ini membuktikan bahawa mereka seiring dengan aspirasi TN50 yang telah direncanakan oleh Perdana Menteri.

“Sebagai generasi yang bakal membawa cabaran negara pada tahun 2050 sudah pasti perancangan awal perlu dilaksanakan,” jelasnya.

Dalam majlis itu, Najib turut menyampaikan sumbangan RM50,000 dari Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) kepada  persatuan-persatuan kebajikan yang terpilih di Melaka.

Pada majlis sama, Mohd Najib turut menanam kapsul masa iaitu ‘Warkah PM’ kepada generasi muda yang akan dibuka semula pada 1 Januari 2050 oleh Perdana Menteri ketika itu.

– SH/AAS

Tinggalkan komen anda