Skip to main content
Berita TempatanSabah

Lebih 66 Ribu Pelancong Lawat Tambunan Sepanjang 2017

By 4 Disember 2017Disember 13th, 2017Tiada komen2 minit bacaan

Laporan: Sam Mansibu / Foto: Leonard Desmond & Priscilla Walter (Sabah)

TAMBUNAN, 4 Dis (Malaysiaaktif) – Seramai lebih 66 pelancong dalam dan luar negara telah berkunjung ke daerah Tambunan sepanjang tempoh tahun melawat daerah berkenaan sehingga kini.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, majoriti pengunjung datang ke daerah ini ialah pelancong dari dalam Sabah sendiri iaitu seramai lebih 58 pengunjung.

“Selain itu, seramai lebih 6000 ribu pengunjung adalah dari luar Sabah dan pelancong antarabangsa seramai 511 orang.

Antara produk tempatan yang dipamerkan semasa festival berkenaan.

Antara produk tempatan yang dipamerkan semasa festival berkenaan.

Jelasnya lagi, jumlah ini suatu yang baik ke arah peningkatan sumber pendapatan penduduk di daerah ini terutama yang terlibat dalam sektor pelancongan.

“Jumlah kehadiran pelancong ini hanyalah sebahagian daripada pengunjung yang datang ke daerah ini  melalui daftar masuk melawat di tempat-tempat pusat pelancongan seperti di kawasan-kawasan Taman-Taman Sabah, Gunung Trusmadi dan juga penginapan.

Kata beliau semasa berucap merasmikan festival muzik dan pameran eko pelancong Tambunan  sempena tahun melawat Tambunan 2017 di Dewan Pisompuruan Tambunan pada Rabu.

Tambahnya, jumlah kemasukan pelancongan ini tidak termasuk pengunjung yang mengunjungi tempat-tempat terbuka seperti Tamu dan juga yang datang semasa adanya acara ataupun sambutan perayaan yang di adakan di daerah tersebut.

“Sehubungan itu, penganjuran festival muzik dan ekopelancongan ini merupakan acara 2 dalam 1 merupakan acara terbaik dan bertepatan sebagai usaha merancakkan lagi tahun melawat daerah berkenaan.

Sebanyak 28 agensi kerajaan dan swasta menyertai festival ini dengan mempamerkan serta mengetengahkan produk pelancongan yang diusahakan oleh setiap agensi seperti air terjun mahua, pusat informasi rafflesia, Muzium Kota Mat Sator,Batu Gong dan banyak lagi.

Festival ini turut diserikan lagi dengan persembahan nanyian artis tempatan dan tarian tradisi kebudayaan dari daerah berkenaan.

-SF

Tinggalkan komen anda