Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeKuala LumpurPutrajayaViralWilayah Persekutuan

Pelukis Cilik Warnai PAU 2017

By 5 Disember 2017Disember 7th, 2017Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan Foto oleh: Syed Hisham Shah (Putrajaya)

KUALA LUMPUR, 5 Dis (Malaysiaaktif) – Bakatnya mula dikesan ibu bapanya ketika diadu guru sekolah kerana kerapkali menconteng meja sekolahnya pada usia sembilan tahun, kini Naim Hamid, 14, boleh berbangga sebagai seorang pelukis cilik.

Bagi pelajar tingkatan dua Sekolah Seni Malaysia, Johor, pengkhususan seni visual ini telah menghasilkan lebih sepuluh lukisan yang ditempah kenalan keluarga yang setiap satunya bernilai ribuan ringgit.

“Setiap satu lukisan saya akan siapkan dalam tempoh empat hingga lima hari bergantung kepada kelapangan yang ada,” ujar anak kedua daripada empat beradik ini.

Naim sedang menyiapkan tempahan lukisannya

Naim sedang menyiapkan tempahan lukisannya

Untuk memastikan bakatnya digilap dengan betul, Naim dihantar untuk mengikuti kelas melukis di Bangi, di bawah bimbingan Faizal Zainal, seorang pelukis warna air terkenal tanah air.

“Banyak ilmu yang saya perolehi daripada Abang Faizal, terutamanya teknik melukis dengan betul.

“Selain Abang Faizal, saya juga belajar melukis daripada Pak Jaafar (Jaafar Taib),” ujar Naim yang menjadikan Jaafar Taib sebagai idolanya dalam bidang lukisan ini.

Naim dikunjungi pengunjung di tapak pamerannya

Naim dikunjungi pengunjung di tapak pamerannya

Naim turut aktif menerima tempahan melukis serta memenuhi jemputan pameran di luar negara. Terkini Naim berada di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sempena pameran di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017.

 

-SH/AAS

Tinggalkan komen anda