Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

Zahid Lancar Skuad Penerangan Anak Muda

By 5 Disember 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan Foto oleh: Elyas Hisyam & Shahfuri Saidan (Kuala Lumpur)

Kuala Lumpur, 5 Dis (Malaysiaaktif) – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, hari ini melancarkan Skuad Penerangan Anak Muda (SPAM) pada Majlis Makan Tengahari bersama 2978 perwakilan yang akan bersidang pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017 esok.

SPAM yang terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk pemidato, penceramah dan pengendali media sosial ini akan memberi penerangan serta penjelasan tentang isu-isu semasa kepada golongan muda, seterusnya bertindak sebagai jentera UMNO untuk menghadapi Pilihanraya Umum yang ke 14 yang akan datang.

Datuk Seri Ahmad Zahid Menyampaikan Anugerah Ibu Terbaik Bangsa kepada wakil Wanita UMNO

Datuk Seri Ahmad Zahid Menyampaikan Anugerah Ibu Terbaik Bangsa kepada wakil Wanita UMNO

Pada majlis yang sama, Zahid selaku Timbalan Presiden UMNO telah menyampaikan Anugerah Ibu Terbaik Bangsa kepada 105 bekas Ketua Wanita UMNO cawangan seluruh Negara.

Seramai 13 wakil Wanita UMNO dari setiap negeri diberi sijil berserta sumbangan khas untuk di sampaikan kepada waris penerima Anugerah tersebut.

Dalam pada itu, Zahid turut menyampaikan bantuan wang khairat kematian kepada 16 waris ketua serta anggota jawatankuasa UMNO di peringkat negeri dan cawangan yang telah meninggal dunia.

Penyerahan Speaker Portable kepada wakil SPAM

Penyerahan Speaker Portable kepada wakil SPAM

Sementara itu, seramai lima usahawan wanita muda menerima sebuah motosikal serta perkakasan untuk menjalankan perniagaan bernilai RM 10,000 di bawah Program Mobile Entrepreneur.

Turut hadir, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien Onn; Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil; Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun dan Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

– AH

Tinggalkan komen anda