Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeKuala LumpurPutrajayaViralWilayah Persekutuan

PAU 2017: Perkhidmatan Rawatan dan Kesihatan Percuma Di PWTC

By 5 Disember 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan dan Foto oleh: Pradeeb Kumar Velayutham (Putrajaya)

KUALA LUMPUR, 5 Dis (Malaysiaaktif) – Unit Perubatan Pusrawi International College of Medical Sciences (PICOMS) menawarkan perkhidmatan rawatan dan kesihatan secara percuma kepada petugas-petugas dan pengunjung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sempena dengan Perhimpunan UMNO yang ke 71.

Seramai 170 tenaga pakar daripada pelbagai bidang perubatan, PICOMS menawarkan perkhidmatan percuma ini mulai hari ini sehingga tamat PAU 2017.

PICOMS juga menempatkan seramai enam tenaga perubatan sepanjang masa di Laman Media PAU 2017 supaya dapat membantu para petugas dan pengamal media berada dalam kadar kesihatan baik.

WhatsApp Image 2017-12-05 at 7.07.59 PM

Sebuah Pusat Kesihatan sementara turut disediakan di tingkat empat, selain beberapa ambulans yang dalam keadaan bersedia untuk menghadapi sebarang situasi kecemasan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PICOMS, Datuk Dr. Mohd Zubir Sheikh Saad, “Ini ialah cara kita beri balik dan berbakti kepada masyarakat, pemimpin dan negara yang banyak membantu kita.”

“Pada masa yang sama idea ini berhasil daripada diri saya bermula dengan konsep jelajah seluruh negara untuk warga luar bandar, terutamanya anak muda dari kampung-kampung untuk bergiat aktif dalam industri dan bidang perubatan. Kini kita panjangkan kepada Perhimpunan UMNO kerana terdapat ramai ahli masyarakat yang hadir,” jelasnya.

Tambah Mohd Zubir, ini juga merupakan salah satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) PICOMS kepada masyrakat.

WhatsApp Image 2017-12-05 at 7.08.00 PM (1)

Dalam pada itu, Ketua Pusat Pengajian Fisioterapi PICOMS, Vamsi Chaitanya pula berkata rawatan fisio yang cepat ini dapat memulihkan pesakit dan sehingga kini sudah lapan orang telah mendapatkan bantuan fisio daripada pusat rawatan mereka di PWTC.

Sementara itu, Ketua Rancangan PICOMS, Azraul Mumtazah Razak berkata,“PICOMS juga menyediakan berkhidmatan saringan ujian darah (screening), pemeriksaan tahap glukosa, kolestrol, tekanan darah dan BMI khas untuk para pengamal media di PWTC sempena Perhimpunan UMNO yang ke 71 ini.”

Tinggalkan komen anda