Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

TujuNokala Fun Run 2017 Sasar Lebih 200 Penyertaan

By 6 Disember 2017Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Mohd Baharruddin Mohamad / Remmy Sukup (Sarawak)

MUKAH, 6 Dis (Malaysiaaktif) – Seramai 200 orang peserta dari sekitar Bahagian Mukah telah mengesahkan penyertaan mereka dalam TujuNokala Fun Run 2017 yang akan berlangsung Sabtu ini.

Menurut pengerusi jawatankuasa pengelola program, Ronny Stephen, tiga kategori akan dipertandingkan iaitu Kategori A, sejauh 5 Kilometer ( Pelajar , Dewasa dan Veteran), Kategori B (10 Kilometer Lelaki Terbuka) dan Kategori C (7 Kilometer Perempuan Terbuka).

“Bagi peserta yang berminat untuk menyertai larian sejauh 5 Kilometer bagi Kategori A iaitu terbuka kepada pelajar Sekolah(Umur 6 hingga 12 Tahun), Orang Dewasa (13 tahun hingga 39 tahun) dan Veteran(Umur 40 tahun dan ke atas) akan dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM40.00 seorang.

“Kategori B untuk lelaki Terbuka dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM50.00 yang mana perlu membuat larian sejauh 10 Kilometer dan bagi Kategori C pula untuk larian sejauh 7 Kilometer Perempuan Terbuka, yuran sebanyak RM45.00 akan dikenakan,” jelasnya.

Bersempena N57 Tellian TujuNokala Fun Run 2017 dan sambutan perayaan Krismas, pihak jawatankuasa pengelola kelab juga akan mengadakan acara Lubak Pesaug dan Pertandingan Chrismas Light bermula pada 8 hingga 17 Disember 2017.

Antara aktiviti yang dijadualkan adalah saringan kesihatan, senamrobik, pendaftaran pengundi baharu oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia dan pelbagai lagi.

Untuk maklumat lanjut, peserta yang berminat boleh menghubungi dan mendaftar penyertaan kepada Abraham @ Jepeth di talian 0198937741, Simon Tai di talian 0138414880, Jayson John di talian 0146994802, Kenny Tambi 0198684725, Ronny Stephen di talian 0138358919 dan Sebastian @ Ginew 0198587175.

– SH

Tinggalkan komen anda