Wanita Mesti Gunakan Kelebihan Digital – Shahrizat

KNC_5900

 

 Laporan oleh: Aimi Huwaina (Putrajaya) / Foto: Jabatan Penerangan Malaysia

Kuala Lumpur, 7 Dis (UdaBayas) – “Saya nak nyatakan keharuan dan rasa bangga, saban hari saya buka mata, wanita yang saya ketuai bukan hanya berjuang di bandar dan desa tetapi juga di alam maya. Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Blog dan Whatsapp jadi senjata wanita lawan fitnah pembangkang.”

Ketua Pergerakan Wanita Umno, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata demikian pada Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita Umno Malaysia 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini semalam.

Menurut Shahrizat, strategi politik era millenia tidak akan sama dengan perang politik sebelumnya, kita harus ke hadapan dengan yakin dan bijaksana

“Hari ini dunia sudah berbeza, semuanya berubah dengan pantas dan sekelip mata, mahu tidak mahu kita sudah berada di era Revolusi Industri 4.0.

“Dahulu kita ada EQ untuk mengukur emosi, kita ada IQ untuk mengukur kecerdasan minda, kita ada SQ untuk mengukur kekuatan spiritual, dan hari ini dunia sedang bercakap tentang digital quotient atau DQ bagi mengukur kecerdasan digital.

“Untuk itu dalam politik, wanita mesti menggunakan kelebihan DQ untuk menjadi pemimpin yang bertransformasi dan berinovatif serta mampu memiliki political quotient kita sendiri.

“Ia penting untuk memastikan cara kita berfikir, cara kita bertindak, dan cara kita memberi maklum balas pada rakyat, agar sentiasa matang dan terpimpin,” jelasnya.

Ketua Pergerakan Wanita Umno, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil ketika berucap pada Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita Umno Malaysia 2017 di PWTC semalam

Ketua Pergerakan Wanita Umno, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil ketika berucap pada Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita Umno Malaysia 2017 di PWTC semalam

Mengulas mengenai pembentangan Bajet 2018, Shahrizat berkata wanita bukan sahaja diberi perhatian khusus dari segi peluang meningkatkan kewangan keluarga, malah turut diberi perhatian untuk mengecapi kualiti hidup yang lebih baik, dari segi fizikal dan moral.

“Dalam Bajet 2018, dana RM20 juta diberikan kepada MyWin Academy untuk mengadakan program latihan dan keusahawanan, antaranya untuk program Performance Empowerment Acceleration Knowledge atau PEAK, yang merupakan tonik terbaik buat wanita.

“Ia pasti membakar semangat MyWIN Academy untuk menjadi sebuah akademi unggul, yang menghasilkan pemimpin wanita yang berinovasi, bagi menjana nilai ekonomi dan sosial negara,” katanya lagi.

Tambah Shahrizat, dengan kekuatan ahli berdaftar Pergerakan Wanita UMNO seramai 1,408,746 orang, wanita terus melakar satu demi satu pencapaian, melalui gerak kerja berimpak tinggi.

Seramai 973 perwakilan Wanita UMNO dari 191 bahagian seluruh negara hadir ke perhimpunan ini dengan membawa suara daripada peringkat akar umbi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...