Perjuangan UMNO Perlu Diteruskan

WhatsApp Image 2017-12-07 at 4.48.28 PM (1)

 

 Laporan dan Foto oleh: Norizah Jadid & Elyas Hisyam Mat Zin (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 7 Dis (Malaysiaaktif) – “Pada Perhimpunan kali ke 68 ini, kita merasa sungguh bersemangat melihat Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) ini penuh sesak dengan ahli UMNO serta para tetamu, tidak pernah suasana meriah sebegini, hingga membuatkan kita sungguh teruja, bahawa semangat UMNO selagi hayat kita dikandung badan, akan marak terus bernyala-nyala”.

Demikian ucapan pembukaan penuh semangat Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017, di PTWC hari ini.

Ucapan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak

Ucapan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak

Laungan ‘Hidup UMNO…Hidup UMN0!’ bergema di setiap sudut Dewan Merdeka PTWC yang dihadiri seramai 5,628 perwakilan dari 191 bahagian seluruh negara.

“UMNO akan terus malar dan segar, untuk hidup memimpin, bukan sekadar 30 tahun mendatang malah InsyaAllah bagi tempoh seribu tahun lagi.

“Lindungilah perjuangan parti UMNO ini, rahmatilah segala usaha yang kita lakukan demi negara, bangsa dan negara serta berkatilah tanah tumpah bertuah ini.

“UMNO, tunjang utama kepada parti Komponen Barisan Nasional, satu-satunya parti yang bertahan teguh dalam membela kepentingan orang-orang Melayu, Bumiputera serta rakyat Malaysia agar nasib anak bangsa tidak melarat dek untung, tersungkur merempat tanah sendiri,” katanya.

Pada perhimpunan ini juga, semua pemimpin parti, perwakilan dah ahli-ahli yang hadir menzahirkan pendirian menolak sekeras-kerasnya cadangan menjadikan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel sepertimana yang dicadangkan Amerika Syarikat.

Perwakilan UMNO yang hadir mendengar ucapan Dasar oleh Presiden UMNO

Perwakilan UMNO yang hadir mendengar ucapan Dasar oleh Presiden UMNO

Turut hadir, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamid dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Ketua-Ketua Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri, Tan Sri Shahrizat Abdual Jalil, Khairy Jamaluddin dan Datuk Mas Ermieyati Samsudin serta Ahli-Ahli Parti Majlis Tertinggi Parti.

– AH

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...