Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeKuala LumpurPutrajayaWilayah Persekutuan

Kaunter Kad Perakuan Media Mudahkan Pengamal Media

By 8 Disember 2017Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan Foto oleh: Syed Hisham Shah (Putrajaya)

KUALA LUMPUR, 8 Dis (Malaysiaaktif) – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017 menjadi medan kepada ramai pengamal media berhimpun dan berkumpul dalam menyebarkan maklumat kepada masyarakat umum.

Jabatan Penerangan melalui Bahagian Media dan Komunikasi Korporat (BMKK) membuka kaunter perkhidmatan bagi memudahkan pengamal media memohon atau memperbaharui kad perakuan media sejak Selasa lalu.

Pengarah BMKK, Pauzan Majid menjelaskan permohonan yang diterima tahun ini meningkat berbanding tahun-tahun sebelumnya.

“Kelmarin kita terima 51 permohonan dan semalam sahaja sebanyak 48 permohonan kami terima dan telahpun diserahkan kepada pemohon.

“Permohonan biasa mengambil tempoh tiga hari untuk disiapkan, untuk kaunter ini permohonan yang lengkap akan diproses serta-merta dan boleh disiapkan dalam sehari,” ujarnya.

Pauzan (kiri) bersama-sama pegawainya di kaunter perkhidmatan kad perakuan media di PWTC

Pauzan (kiri) bersama-sama pegawainya di kaunter perkhidmatan kad perakuan media di PWTC

Pauzan juga turut mengakui menerima aduan daripada pemohon yang kecewa permohonan mereka ditolak.

“Kita mengikut Tatacara Pengendalian Piawai (SOP) seperti yang telah ditetapkan dan hanya meluluskan permohonan daripada agensi media yang berdaftar.

“Ada juga permohonan daripada pihak individu seperti pemblog (blogger) yang cuba mendapat kad perakuan media ini, tetapi kita terpaksa menolak kerana tidak mempunyai agensi yang berdaftar. Kebanyakkan permohonan lain semua kita terima dan luluskan,” jelasnya lagi.

Jenis-jenis kad perakuan media

Jenis-jenis kad perakuan media

 

Tinggalkan komen anda