Skip to main content
Sabah

Kg Kaiduan Tak Pernah Terlepas Daripada Pembangunan

By 11 Disember 2017Disember 13th, 2017Tiada komen2 minit bacaan

Laporan: Mohammad Abdul Rahman / Foto: Spencer Chaterinus (Sabah)

KOTA KINABALU, 11 Dis (Malaysiaaktif) -Tular pelajar meredah laluan di lereng bukit menuju ke sekolah dari Kampung Kaiduan Ulu pada Rabu lalu namun sebenarnya merupakan laluan alternatif yang dipilih pelajar terbabit.

Menurut penduduk Kampung Kaiduan, Cornelius Minson, 31, laluan lereng bukit yang dilalui oleh pelajar berkenaan sebenarnya merupakan laluan alternatif ke Sekolah Kebangsaan Kaiduan.

Talib memperjelaskan projek naik taraf jalan menuju ke SK Kaiduan yang sedang dalam pembangunan kepada Cornelius (kanan tengah) bersama ahli keluarganya.

Talib memperjelaskan projek naik taraf jalan menuju ke SK Kaiduan yang sedang dalam pembangunan kepada Cornelius (kanan tengah) bersama ahli keluarganya.

“Laluan tersebut dikatakan lebih dekat dengan mengambil masa hanya setengah jam perjalanan berbanding jalan utama ke sekolah terbabit.

“Dianggarkan seramai empat keluarga yang menetap di Ulu Kampung Kaiduan. Lereng bukit tersebut ialah laluan pilihan mereka dan sebenarnya penduduk kampung di sini mempunyai laluan utama iaitu jalan besar yang sering digunakan untuk segala urusan termasuk ke sekolah.

Tambahnya, terdapat tiga laluan lain yang dibina di kampung ini sebagai laluan ke sekolah terbabit selain lereng bukit tersebut iaitu dua jambatan gantung besi dekat laluan jalan utama sebelah Kampung Bolotikon dan balai raya Kampung Kaiduan dan sebuah jambatan ‘low river crossing’ yang turut dilalui oleh kenderaan sepanjang 80 hingga 100 meter.

“Walau bagaimanapun, laluan low river tidak dapat dilalui jika hujan dan penduduk akan menggunakan laluan pilihan kedua iaitu jambatan gantung besi.

“Kampung Kaiduan terletak sejauh 31 Kilometer dari pekan Papar. Kampung Kaiduan merupakan sebuah komuniti kecil seramai 210 penduduk yang sedang menikmati proses pembangunan.

“Di sini ada aktiviti “rafting”dan ramai pelancong datang setiap tahun. Selain itu, kampung ini turut dilengkapi sebuah perpustakaan desa dan turut mempunyai sebuah pusat tagal dekat sini.

Jambatan gantung dekat kampung bolotikon yang telah dinaik taraf ke Jambatan Gantung Besi.

Jambatan gantung dekat kampung bolotikon yang telah dinaik taraf ke Jambatan Gantung Besi.

“Cumanya, saya berharap agar jalan besar menghubungkan kampung ini dapat dinaik taraf ke jalan berturap dan dapat membina sebuah jambatan yang lebih selesa bagi menghubungkan sekolah dengan penduduk diseberang demi kemudahan anak-anak disini khasnya,” ujarnya yang ditemui di rumahnya pada Khamis.

Sementara itu, Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Papar, Talib Abdul Rahim melalui kenyataan media yang dikeluarkan oleh pejabat perhubungan terbabit menyatakan, Kampung Kaiduan sebenarnya tidak pernah terlepas daripada proses pembangunan.

Jambatan Low Level River Crossing yang dibina pada 2006 adalah bagi kemudahan penduduk untuk menyeberangi sungai terbabit menggunakan kenderaan dan setiap tahun melalui peruntukan Ahli Parlimen Papar akan mengenal pasti jambatan gantung yang perlu dibaik pulih untuk kemudahan penduduk kampung dan murid-murid sekolah.

Pejabat daerah Papar memaklumkan bahawa pihaknya turut menerima peruntukan daripada Unit Pembangunan Negeri (ICU) Jabatan Perdana Menteri bagi tujuan baik pulih jambatan Low Level River Crossing pada tahun ini dan dalam proses pelaksanaan.

-SF

Tinggalkan komen anda