Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

JKKK Tellian Juarai Futsal Piala Walikota MDDM 2017

By 13 Disember 2017Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Mohd Baharruddin Mohamad / Remmy Sukup (Sarawak)

MUKAH, 13 Dis (Malaysiaaktif) – Pasukan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Tellian muncul juara dalam kejohanan Futsal Piala Walikota, Majlis Daerah Dalat Dan Mukah (MDDM) 2017 setelah menewaskan pasukan Tanam dengan keputusan 2-0.

Melalui kemenangan tersebut  JKKK Tellian berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500.00, piala pusingan Futsal Walikota, piala iringan beserta medal.

Sebanyak 20 buah pasukan yang mewakili Kampung-Kampung di Mukah, Oya dan Dalat menyertai kejohanan ini yang berlangsung selama dua hari di Dewan Tertutup Dalat berakhir semalam.

Pemain terbaik kejohanan diberikan kepada Nazri Abdullah dari JKKK Tellian, sementara anugerah penjaring terbanyak dimiliki Maximillion dari pasukan Petanak manakala pasukan JKKK Sungai Kut Muara A dinobatkan pasukan terbaik.

Menurut Walikota MDDM, Kadir Jamil, perlawanan futsal ini diadakan diantara untuk mengeratkan silatulrahim antara kampung-kampung di samping mengenali lebih dekat lagi antara satu sama lain.

“Dengan adanya perjumpaan dan melalui perlawanan seperti Futsal ini maka hubungan antara kampung-kampung akan menjadi lebih erat serta kelak dapat memberi kerjasama dalam apa jua aktiviti yang dijalankan oleh kampung masing-masing,” jelasnya.

 

– SH

Tinggalkan komen anda