500 Anggota RELA Perintis Bertugas Di Esszone Januari Depan

zahid4

Laporan & Foto:  Adelaidah Arshad (Sabah)

LAHAD DATU, 15 Dis (Malaysiaaktif) – Seramai 500 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan memulakan tugas menjaga dan memantau keselamatan di zon selamat Timur Sabah (Esszone) pada januari depan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr.Zahid Hamidi berkata pihak kerajaan amat menitik berat aspek keselamatan di perairan negara dan tidak akan membiarkan sesiapa pun memperlekehkan keselamatan dan kedaulatan negara.

“Bermula Januari depan, seramai 500 anggota RELA akan mula bertugas bagi membantu memantau keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) ini. Langkah-langkah mengatur penugasan anggota RELA ini sedang dijalankan,” ujarnya.

Tambahnya, pada September lalu, Zahid telah memaklumkan perkara tersebut dalam Mesyuarat Lembaga Penasihat Esscom yang meluluskan penglibatan seramai 500 anggota dan pegawai RELA sebagai perintis kepada penugasan tersebut.

“Penglibatan anggota RELA tersebut perlu bagi membantu agensi-agensi keselamatan memantau di sepuluh daerah dalam zon selamat Timur Sabah (Esszone) ini.

Zahid berkata demikian pada sidang media yang diadakan di bilik latihan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 17PGA di daerah Lahad Datu pada pagi Khamis.

Zahid yang tiba sekitar 11.00 pagi semalam di Batalion 17 Pasukan Gerakan Am (PGA) Lahad Datu dalam rangka kerja untuk menghadiri taklimat Keselamatan oleh  Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) oleh Datuk Hazani Ghazali dan Ketua Pengarah RELA Zulkifli Abidin.

Turut hadir bersama Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Datuk Sri Musa Aman; Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim dan Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

-SF

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...