Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeKuala LumpurWilayah Persekutuan

EX-UNDI PER 2017 Tingkat Siap Siaga PDRM

By 16 Disember 2017Disember 18th, 2017Tiada komen1 minit bacaan

 

Laporan dan Foto oleh: Norhasnida Sarani & Noor Sazarina Mohd Noor (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR 16 Dis (Malaysiaaktif) – Seramai 130 ribu pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari seluruh negara telah menjalani latihan yang membabitkan lima fasa bermula 9 November lalu sehingga semalam bagi memantapkan lagi tahap siap siaga mereka dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) 14.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, latihan tersebut bertujuan memberi gambaran kepada anggota termasuk orang awam situasi yang mungkin berlaku dalam tempoh kemuncak PRU-14 bermula dari saat pembuangan undi hingga pasca keputusan diumumkan.

“Latih amal yang dijalankan meliputi lima fasa utama iaitu fasa sebelum pembubaran Parlimen, fasa pembubaran Parlimen, fasa penamaan calon, fasa pembuangan undi dan fasa pasca pilihan raya.

“Beberapa insiden turut dirangka dan disuntik kepada semua bilik gerakan termasuk di semua unit PDRM yang ada,” katanya.

WhatsApp Image 2017-12-16 at 10.17.56 AM

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas menghadiri sesi latihan EX-UNDI PER 2017 di Padang Kawad Maktab PDRM, di sini semalam.

Tambah Zulkifli, peralatan dan kelengkapan aset PDRM yang akan digunakan juga mengikut keadaan semasa.

Selain itu katanya, latihan bersama media juga turut diadakan bagi mengetahui keadaan sebenar semasa tempoh pilihanraya nanti.

Simulasi Latihan EX-UNDI PER 2017

Simulasi Latihan EX-UNDI PER 2017

Turut hadir, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim dan Ketua Komandan Maktab Polis DiRaja Malaysia, Datuk Yong Lei Choo.

– AH

Tinggalkan komen anda