Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

Kempen ‘Let Me Assist You’ Permudah Urusan Majikan

By 19 Disember 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan Foto oleh: Mohd Anuar Ibrahim & Halim Aman (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Malaysiaaktif) – Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) hari ini melancarkan kempen ‘Let Me Assist You’ yang akan bermula pada 20 Disember hingga 31 Disember 2017 bagi memudahkan urusan pendaftaran majikan sebagai pengguna ASSIST (Automated SOCSO Integrated System).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammad Azman Aziz, sejak ASSIST dibuka untuk pendaftaran pada 16 November 2017 hingga 19 Disember 2017, hanya seramai 27,984 majikan daripada jumlah keseluruhan 215,981 majikan di Malaysiatelah berdaftar dalam sistem ini dan perkara ini agak membimbangkan pihak PERKESO.

“Bermula 1 Januari 2018, PERKESO tidak akan lagi mengeluar dan mengedarkan Borang Bayaran Caruman berbentuk fizikal kepada majikan seperti sebelum dan pembayaran caruman bulanan hanya boleh dibuat melalui sistem ASSIST,” ujarnya ketika ditemui pada sidang media di Menara PERKESO, di sini hari ini.

Datuk Sri Dr Mohammad Azman Datuk Aziz memberi penerangan sistem ASSIST kepada pengamal media

Datuk Sri Dr Mohammad Azman Datuk Aziz memberi penerangan sistem ASSIST kepada pengamal media

Dalam pada itu, Mohammad Azman turut menyatakan bahawa majikan boleh menghadapi kesulitan dalam urusan caruman pekerja di samping boleh didenda kerana mempunyai bayaran caruman pekerja yang tertunggak berikutan tidak berdaftar dengan portal ASSIST bermula awal tahun hadapan.

“Bagi memudahkan urusan majikan, PERKESO telah melantik 500 orang pegawai yang akan melawat premis perniagaan mereka di seluruh Malaysia bagi membantu memudahkan urusan pendaftaran ASSIST.

“Manakala bagi majikan yang tidak dilawati semasa Kempen ‘Let Me Assist You’ ini berlangsung, mereka dikehendaki hadir ke pejabat-pejabat PERKESO terdekat untuk urusan pendaftaran ASSIST,” katanya lagi.

Antara pengamal media yang hadir

Antara pengamal media yang hadir

Majikan dinasihatkan untuk melayari laman sesawang PERKESO atau menghubungi pejabat PERKESO berhampiran untuk sebarang maklumat dan pertanyaan lanjut.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Korporat) PERKESO, Datin Azlaily Abd Rahman dan Ketua Pegawai Transformasi PERKESO, Encik Rosdeen Hassan.

– AH

Tinggalkan komen anda