Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

TheRakyat.Com Wajah Maya BN Untuk PRU14

By 4 Januari 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan dan Foto oleh: Shahfuri Saidan & Rajeswari Nagamuthu (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 3 Jan (Malaysiaaktif) – Barisan Nasional (BN) telah melancarkan portal rasmi parti tersebut, therakyat.com bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga merupakan Pengerusi BN.

Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menyempurnakan gimik pelancaran portal rasmi BN

Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menyempurnakan gimik pelancaran portal rasmi BN

Dalam ucapannya, Najib menyatakan bahawa portal tersebut dibangunkan sebagai suara dan pemangkin segala aspirasi BN untuk mengekalkan kedudukan sebagai parti yang memerintah negara ini.

“Ia juga akan menjadi wadah rasmi BN menjelang PRU ke-14 dalam menyahut cabaran media baharu sebagai pemain utama dalam pilihan raya kali ini di samping menangkis dakyah parti pembangkang.

“Portal tersebut akan menampilkan beberapa segmen yang lebih intraktif, bermaklumat, sesuai dengan pelbagai peringkat usia pengundi selain memaparkan koleksi infografik dan gambar-gambar menarik,” katanya.

Antara pengunjung yang hadir pada majlis pelancaran portal therakyat.com

Antara pengunjung yang hadir pada majlis pelancaran portal therakyat.com

Antara intipati portal tersebut termasuklah info mengenai calon-calon BN yang bakal bertanding pada PRU ke-14, program temubual yang dinamakan ‘Bicara 4 Mata’ (temubual pemimpin tertinggi BN) serta memberi penerangan jelas mengenai manifesto BN.

Laman web www.therakyat.com mula diaktifkan pada 8.00 malam, 3 Januari 2018 sempena pelancarannya oleh Perdana Menteri.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Setiausaha Agong BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Peneraju Portal therakyat.com, Shamsulbahrin Ludin.

– AH

Tinggalkan komen anda