Skip to main content
Berita TempatanPahang

Lima Pusat Pemindahan Banjir Dibuka di Pekan

By 5 Januari 2018Tiada komen1 minit bacaan

Laporan & foto: Ismael Idris & Ahmad Nizam Abidin (Pekan)

PEKAN, 5 Jan (Malaysiaaktif) – Hujan yang lebat turun secara berterusan mengakibatkan beberapa kawasan di Daerah Pekan telah dilanda banjir.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh
Pusat Kawalan Operasi banjir daerah
setakat 1.00 tengah hari semalam, sebanyak lima pusat pemindahan telah dibuka iaitu Pusat Pemindahan Sekolah Kebangsaan Merchong Jaya yang menempatkan seramai 483 orang mangsa melibatkan 125 keluarga manakala Pusat Pemindahan Balai Raya Kg Menchupu seramai 25 orang melibatkan sembilan keluarga.

Dssk menyampaikan saguhati kepada anak2 mangsa banjir

Shahidan menyampaikan saguhati kepada anak-anak mangsa banjir

Pusat Pemindahan Sekolah Kebangsaan Sinar Mutiara seramai 407 orang yang melibatkan 95 keluarga, Pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Temai seramai lima orang melibatkan sebuah keluarga sementara Pusat Pemindahan Kg Pulau Manis seramai lima orang yang melibatkan sebuah keluarga.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kasim melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Banjir Sekolah Kebangsaan Sinar Mutiara untuk memastikan semua kemudahan di pusat tersebut sempurna.

Dalam pada itu, mangsa banjir, Meriam Ahmad, 50, air mula naik dengan cepat pada 11.00 malam sehingga paras lutut.

Meriam Ahmad

Meriam Ahmad

“Kami mula berpindah pada 1.00 pagi. Terima kasih kepada pihak kerajaan atas keprihatinan menjaga kebajikan mangsa-mangsa yang ditimpa bencana,” jelasnya.

Tinggalkan komen anda