Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Titi Gajah Terus Disantuni

By 10 Januari 2018Tiada komen1 minit bacaan

Oleh : Jamil Zainul, Mohktar Ismail dan Norul Huda Mohd

Kuala Kedah, 10 Jan (MalaysiaAktif) – Program Baik Pulih Rumah Secara Gotong royong Di bawah Projek Touch Point 2017 bagi Parlimen Kuala Kedah Mukim Titi Gajah telah berlangsung di Kampung Titi Gajah pagi pagi tadi.
Sebanyak 7 buah rumah yang terlibat dengan gotong-royong ini dengan peruntukan masing-masing RM 10 ribu. Peruntukan baiki rumah yang melibatkan pembaikan bumbung, baik pulih kabel elektrik dan mengecat rumah ini adalah daripada Pejabat Pembangunan Persekutuan yang diuruskan oleh Pejabat Penghulu.

WhatsApp Image 2018-01-10 at 16.16.23
Parlimen Kuala Kedah mendapat peruntukan membaiki rumah penduduk sebanyak 100 unit rumah dan setakat ini 50 buah rumah telah siap dibaik pulih selebihnya akan menyusur kemudian.

Selain dari bantuan baiki rumah mukim ini juga mendapat bantuan penurapan jalan baru bagi lorong surau Jalan Hidaya dan Alor Perang yang memberi manafaat kepada 11 buah rumah , bantuan sekolah dan juga ibu tunggal.

Program gotong-royong ini melibatkan agensi Angkatan Pertahanan Awam, Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah, Pejabat Daerah Kota Setar, Pejabat Penghulu JKKK Mukim Titi Gajah dengan kerjsama Pejabat Penerangan Daerah Kota Setar bersama masyarakat kampung sekitar Titi Gajah.

Majlis ini disempurnakan oleh Pengerusi Majlis Pembangunan Luar Bandar Parlimen Kuala Kedah Datuk Wira Abdullah Hasnan bin Kamaruddin,. Turut hadir dalam program ini Pengarah Angkatan Pertahanan Awam, Wakil Pejabat Pembangunan Persekutuan, Penghulu mukim Titi Gajah , JKKK mukim Titi Gajah.
– MRR

Tinggalkan komen anda