Skip to main content
Berita TempatanPahang

[VIDEO]-UMP Terokai Teknologi Blokchain

By 10 Januari 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan & foto: Pai Syahira Yahya (Kuantan)

KUANTAN, 10 Jan (Malaysiaaktif) – Universiti Malaysia Pahang (UMP) menjadi universiti pertama di Malaysia menggunakaan teknologi Blockchain dalam dua aplikasi sistem yang dijangka memberi manfaat kepada 11,000 warga kampus UMP.

2. Petugas Kafe Orange sudah bersedia menggunakan aplikasi Dompet Mudah Alih UMPXchain

Petugas Kafe Orange sudah bersedia menggunakan aplikasi Dompet Mudah Alih UMPXchain

Dua aplikasi tersebut merupakan Mobile Wallet – UMP XChain atau Dompet Mudah Alih dan Pengesahan Perakuan Sijil UMP Valid8. Keistimewaan teknologi terkini Blockchain menggunakan konsep Distributed Ledger, data disimpan secara encrypted di pelbagai lokasi dan serta sukar digodam.

Menurut Naib Canselor UMP, Profesor Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim, aplikasi Dompet Mudah Alih membolehkan pelajar dan staf universiti membuat pembayaran di kafeteria, kedai-kedai dan Bendahari UMP dengan menggunakan telefon pintar sebagai medium transaksi pembayaran.

“Pembayaran dipindah melalui kod QR atau Near Field Communication (NFC) yang membolehkan aplikasi dua hala dan menyokong penggunaan peranti Apple Watch, peranti android dan iOS sebagai kaedah pembayaran dalam mobile wallet“ katanya.

Budaya baharu pendekatan kampus “cashless” dengan gaya hidup digital merupakan persediaan yang selari untuk menjadikan Malaysia sebagai negara yang mempunyai komuniti “cashless’ menjelang tahun 2050.

Selain itu, UMP Valid8 merupakan aplikasi pengesahan ketulenan ijazah digunakan untuk mengesahkan sijil ijazah graduan berasakan imbasan Kod QR yang akan memaparkan gambar pelajar, nama penuh, program pengajian dan tahun anugerah.

Sistem ini juga dapat merekodkan maklumat pendidikan pelajar UMP disimpan dalam bentuk Blokchain ini tidak dapat dipalsukan akan digunakan sepenuhnya pada Konvekesyen UMP tahun 2018.

4. Graduan UMP Sheikh Mohamad Amir Aizat bin Othman mempamerkan aplikasi yang mengesahkan ketulenan dan maklumat ijazah beliau.

Graduan UMP Sheikh Mohamad Amir Aizat  Othman mempamerkan aplikasi yang mengesahkan ketulenan dan maklumat ijazah.

Daing melancarkan progrem tersebut di Cafe Orange Fakulti Pengurusan Industri UMP Gambang tengah hari tadi.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Datuk Dr. Rosli Mohd Yunus, serta Dekan Fakulti Pengurusan Industri, Prof. Madya Dr. Mohd Ridzuan Darun.

SF

Tinggalkan komen anda