Jaminan Pekerjaan Untuk Peserta Program IM Makmur

IMG-20180111-WA0015

 

Laporan & Foto Oleh : Mohd Zahid Bin Othman & Azizan Bin Md. Sidi (Johor Bahru)

 

JOHOR BAHRU, 10 Jan (Malaysiaaktif) – Program Kesejahteraan Iskandar Malaysia atau IM Makmur anjuran Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) dengan kerjasama Yayasan Pasir Gudang telah dilancarkan pada hari ini di Parlimen Pasir Gudang.

Objektif utama Program IM Makmur ini adalah untuk meningkatkan pendapatan golongan sasar melalui bantuan dan latihan - Hajah Suhaily Abdul Hamid, Ketua Pembangunan Sosial IRDA

Objektif utama Program IM Makmur ini adalah untuk meningkatkan pendapatan golongan sasar melalui bantuan dan latihan –  Suhaily Abdul Hamid, Ketua Pembangunan Sosial IRDA

Ia bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup pesertanya dengan sasaran peningkatan pendapatan sekurang-kurangnya 20 peratus dari pendapatan asal.

Melalui Program IM Makmur, peserta akan diberi bantuan untuk mengatasi halangan bagi mereka untuk menjana ekonomi dan seterusnya meningkatkan peluang pendidikan generasi kedua supaya mereka tidak ketinggalan dan mendapat peluang yang sama.

Menurut Ketua Pembangunan Sosial IRDA, Suhaily Abdul Hamid, cabang kemahiran merupakan salah satu pendekatan yang diambil untuk meningkatkan taraf hidup golongan sasar dalam program ini dengan menjana pendapatan yang lebih tinggi.

“Objektif utama Program IM Makmur ini adalah untuk meningkatkan pendapatan golongan sasar melalui bantuan dan latihan agar mereka dapat lebih berdikari dan seterusnya pendapatan keseluruhan isi rumah juga akan turut meningkat,” jelasnya ketika ditemui pada majlis Taklimat Program Kesejahteraan Iskandar Malaysia (IM Makmur) di Dewan Serbaguna Taman Cendana, Pasir Gudang pada pagi ini.

Seramai 50 orang peserta telah terpilih untuk mengikuti kursus kemahiran yang diadakan iaitu Kursus Kemahiran Baiki Telefon, Kursus Kemahiran Pengurusan Bilik (House Keeping), Kursus Kemahiran Pengurusan Logistik dan Kursus Kemahiran Dandanan Rambut yang akan berlangsung selama 10 hari sehingga 3 bulan berdasarkan modul kursus yang diambil bersama penyedia-penyedia latihan sekitar Pasir Gudang, Skudai dan Gelang Patah. Paling menarik, setiap peserta yang berjaya menamatkan kursus yang diikuti akan terus ditawarkan pekerjaan dengan majikan mengikut kelayakan dan kemahiran masing-masing.

Salah seorang peserta, Norfitriah Kamaruzzaman, 20, berkata peluang mengikuti kursus kemahiran sebegini mampu membuka ruang kerjaya dengan pendapatan yang lebih baik dari pekerjaan beliau sekarang sebagai seorang operator pengeluaran kilang.

Peluang mengikuti kursus kemahiran IM Makmur sebegini mampu membuka ruang kerjaya dengan pendapatan yang lebih baik - Norfitriah Kamaruzzaman

Peluang mengikuti kursus kemahiran IM Makmur sebegini mampu membuka ruang kerjaya dengan pendapatan yang lebih baik – Norfitriah Kamaruzzaman

“Saya sertai program ini sebab hendak mencuba kerjaya yang berbeza tapi sekarang saya yakin program ini mampu bantu saya mendapat pekerjaan dengan pendapatan yang lebih baik,” katanya.

Kesavam Subramaniam, 24, pula berkata, beliau gembira apabila mendapat peluang untuk mengikuti kursus kemahiran yang menawarkan sijil pengajian lebih tinggi dari Sijil Pelajaran Malaysia tanpa mengeluarkan perbelanjaan sendiri.

Susah hendak dapat pekerjaan guna SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) tapi sekarang saya akan berlajar kursus kemahiran dan selepas ini akan terus dapat pekerjaan - Kesavam Subramaniam

Susah hendak dapat pekerjaan guna SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) tapi sekarang saya akan berlajar kursus kemahiran dan selepas ini akan terus dapat pekerjaan – Kesavam Subramaniam

“Saya sangat gembira sebab sekarang susah hendak dapat pekerjaan guna SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) tapi sekarang saya akan berlajar kursus kemahiran dan selepas ini akan terus dapat pekerjaan. Sepanjang kursus 10 hari ini juga saya akan diberikan elaun oleh pihak penyedia latihan, BETC Skills Academy,” katanya.

Rakan sejak sekolah, Leen Nameera Devi, 20, dan Logambikai, 19, pekerjaan yang bakal menanti selepas tamat kursus kemahiran Program IM makmur ini merupakan pengalaman bekerja pertama buat mereka.

Pengalaman bekerja pertama selepas tamat kursus kemahiran IM Makmur buat Leen Nameera Devi dan Logambikai.

Pengalaman bekerja pertama selepas tamat kursus kemahiran IM Makmur buat Leen Nameera Devi dan Logambikai.

“Kami sangat ‘excited’ (teruja) sebab selepas ini kami boleh membantu keluarga dengan pendapatan sendiri walaupun tidak menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi,” ujar mereka berdua yang memilih Kursus Kemahiran Pengurusan Logistik di BETC Skills Academy.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan BETC Skills Academy, Raja Selan V, berkata ini merupakan penyertaan kali pertama mereka dalam program anjuran IRDA.

Sebagai nilai tambah, peserta Program IM Makmur juga akan menerima sijil kemahiran yang akan dikeluarkan oleh pihak UniKL - Raja Selan V

Sebagai nilai tambah, peserta Program IM Makmur juga akan menerima sijil kemahiran yang akan dikeluarkan oleh pihak UniKL – Raja Selan V

“Kelebihan kolej kami adalah jalinan kerjasama dengan pelbagai syarikat logistik di negeri Johor, khususnya di Johor Bahru dan dalam tempoh latihan peserta IM Makmur, kami akan memanggil ‘industry practitioner’ (pengamal industri) daripada syarikat-syarikat logistik untuk memberikan penerangan kepada peserta dan akan mengambil mereka bekerja sebaik sahaja mereka tamat latihan.

Peserta IM Makmur mendengar taklimat kursus kemahiran yang disediakan oleh BETC Skills Academy.

Peserta IM Makmur mendengar taklimat kursus kemahiran yang disediakan oleh BETC Skills Academy.

“Sebagai nilai tambah, peserta Program IM Makmur juga akan menerima sijil kemahiran yang akan dikeluarkan oleh pihak UniKL selepas tamat pengajian nanti,” ujarnya lagi yang turut disertai oleh Kolej SAF Academy dari Skudai dan Gaharu Hair And Beauty Salon dari Iskandar Puteri selaku penyedia latihan kursus-kursus kemahiran yang terdapat dalam Program IM Makmur.
– MRR

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...