Skip to main content
Berita TempatanSabah

Kerjasama Jaya Pembangunan Di Lahad Datu Dihargai

By 12 Januari 2018Januari 15th, 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan & Foto: Municca Kiat (Sabah)

LAHAD DATU, 12 Jan (Malaysiaaktif) – Kerjasama penduduk di daerah Lahad Datu dalam menjayakan pelaksanaan projek Lebuh Raya Pan Borneo amat dihargai kerajaan bagi memastikan pembangunan berterusan di daerah terbabit.

Pegawai Daerah Lahad Datu, Iman Ali berkata kerajaan amat menghargai segala kerjasama yang diberikan oleh penduduk di daerah terbabit dalam menjayakan pelaksanaan projek lebuh raya tersebut.

Salah seorang peserta mengemukakan soalan terhadap pelaksanaan projek terbabit.

Salah seorang peserta mengemukakan soalan terhadap pelaksanaan projek terbabit.

“Kerajaan amat komited membangunkan pelbagai kemudahan infrastruktur di daerah ini sebagai usaha meningkatkan ekonomi penduduk di daerah ini.

“Pengorbanan penduduk setempat yang ingin melihat pembangunan terus berlaku sangat tinggi dan kerajaan menghargainya kerana kerjasama semua pihak pasti memberikan pulangan ekonomi bukan sahaja kepada penduduk malah kepada negara”.

Iman berkata demikian semasa menghadiri program mesra bersama komuniti di Dewan Masyarakat pada Khamis.

Pada program terbabit peserta turut didedahkan terhadap status pelaksanaan projek lebuh raya Pan Borneo di Sabah khususnya di daerah berkenaan yang merangkumi sepanjang tujuh kilometer bermula dari Batu Tujuh, Kampung Silam sehingga Batu Tiga Jalan Segama yang memudahkan pengguna melalui jalan ke daerah Sandakan dan Tawau.

Jelasnya, pelaksanaan projek tersebut dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2018 yang bakal memberi manfaat kepada pengguna lebuh raya dalam pelaksanaan setiap aktiviti seharian yang tentunya menjimatkan masa pergerakan dan memberi keselesaan semua.

Tambahnya, siapnya pelaksanaan projek terbabit membolehkan kerajaan melaksanakan pelbagai penaiktarafan kemudahan lain seperti penyediaan bekalan air bersih dan bekalan elektrik ke luar bandar serta peluang pekerjaan.

Pelan pelaksanaan projek terbabit di daerah berkenaan.

Pelan pelaksanaan projek terbabit di daerah berkenaan.

“Saya berharap penduduk di daerah ini terus memberi kerjasama agar kerajaan mudah membangun dan menyediakan pelbagai kemudahan lain yang akhirnya taraf hidup penduduk meningkat”, ujarnya.

Taklimat penjelasan terhadap perkembangan terkini pelaksanaan projek terbabit telah disampaikan oleh wakil Borneo Highway PDP sdn bhd, Zihan Haji Kisson yang seterusnya sempat bersoal jawab bagi menjelaskan isu kekeliruan terhadap projek berkenaan.

-SF

Tinggalkan komen anda