Skip to main content
Berita TempatanSabah

Pusat Konvensyen Sabah Siap Sepenuhnya Oktober Ini

By 19 Januari 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan: Asmidar Zainol / Foto: Shahvian Muhammad Razali (Sabah)

KOTA KINABALU, 19 Jan (Malaysiaaktif) – Satu lagi mercu tanda di negeri ini, Sabah International Convention Centre (SICC) akan siap dibina pada Oktober ini.

Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman berkata, pusat konvensyen tersebut dibina bagi mewujudkan sebuah pusat sehenti bagi acara mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran (MICE).

“Pada masa sekarang kita kekurangan tempat untuk menganjurkan persidangan antarabangsa dan sudah tentu dengan adanya SICC akan memberi peluang dan ruang mewujudkankan MICE di negeri ini.

Musa melihat kawasan luar bangunan SICC yang sedang dibina.

Musa melihat kawasan luar bangunan SICC yang sedang dibina.

“Saya percaya ini yang dikehendaki oleh para peniaga oleh pengusaha supaya mereka boleh mengadakan pameran dan nampaknya pembinaan ini berjalan dengan baik, kita gembira dan saya berharap semua pihak akan memberikan kerjasama agar dapat disiapkan seperti jadual yang telah dtetapkan,” katanya.

Musa turut melahirkan penghargaan kepada kerajaan pusat atas sumbangan kewangan bagi pembinaan pusat berkenaan.

“Kita mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri yang akan melawat kita pada hari ini kerana telah memberikan sumbangan RM250 juta untuk membangunkan pusat konyensyen ini.

“Selain itu, dengan pembinaan SICC bukan sahaja dapat menyediakan peluang pekerjaan tetapi juga mewujudkan peluang perniagaan kepada rakyat Sabah,” ujarnya.

Musa berkata demikian kepada media selepas mengadakan lawatan tapak ke lokasi pembinaan SICC di sini pada Khamis.

SICC mula dibina pada Mei 2015 berkeluasan 20,400 meter persegi mampu memuatkan hampir 20 ribu pegunjung pada satu-satu masa.

Bangunan empat tingkat tersebut juga menawarkan Dewan Persembahan Kesenian pertama di Sabah dengan kapasiti 1,200 penonton lengkap dengan pentas berserta teknologi audio visual dan pencahayaan pentas terkini.

Selain itu, di dewan yang sama juga disediakan ruang belakang pentas, bilik persalinan pakaian dan greenroom serta empat bilik interpretasi serentak di dewan berkenaan.

-SF

Tinggalkan komen anda