Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePulau Pinang

Kolej Komuniti Tasek Gelugor Dirasmikan

By 19 Januari 2018Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan Foto oleh: Ariza Mohamed Zaki (Tasek Gelugor)

TASEK GELUGOR, 19 Jan (Malaysiaaktif) – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, semalam telah menyempurnakan majlis penyerahan dan perasmian Kolej Komuniti Tasek Gelugor di Kampung Selamat, di sini.

Idris dalam ucapannya menyatakan taraf pendidikan dalam Malaysia semakin meningkat dan sesuai dengan peredaran Malaysia yang menuju ke industri 4.0.

Tambahnya, kecanggihan teknologi masa kini menuntut setiap individu untuk mempelajari ilmu yang baru, di samping mempunyai kemahiran yang berkualiti.

WhatsApp Image 2018-01-18 at 23.45.33

Perasmian Kolej Komuniti Tasek Gelugor ini dengan secara rasminya menambah bilangan institusi pendidikan di dalam kawasan Parlimen Tasek Gelugor.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahya, yang turut hadir berterima kasih kepada kerajaan di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak kerana meluluskan peruntukan untuk membina kolej komuniti ini di Tasek Gelugor.

WhatsApp Image 2018-01-18 at 23.45.34

Menurut Shabudin, bangunan yang bernilai RM13 juta ini telah dimohon pada 2010 dan diharap dapat dimanfaat oleh masyarakat sekitar.

Hadir sama, Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin; Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Nik Ali Mat Yunus; Pengarah Jabatan Kerja Raya Pulau Pinang, Ir. Ahmad Redza Ghulam Rasool dan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Prof. Datuk Dr. Mohd Ismail Abdul Aziz.

WhatsApp Image 2018-01-18 at 23.45.31

Tinggalkan komen anda