Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantan

Kerajaan Persekutuan Komited Bangunkan Kelantan

By 21 Januari 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto: Hasniza Hassan (Kota Bharu)

KOTA BHARU, 21 Jan (Malaysiaaktif) – Hasil daripada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan dipulangkan kepada rakyat Malaysia dalam pelbagai insentif untuk pembangunan tidak kira bagi mana-mana negeri termasuklah negeri di bawah pentadbiran kerajaan pembangkang.

Pengarah Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Negeri Kelantan, Datuk Mohd. Nasir Yusoff menjelaskan demikian sempena Hari Kastam Sedunia Peringkat Negeri Kelantan tahun ini dengan tema ‘Persekitaran Bandar Yang Selamat Untuk Pembangunan Ekonomi’.

Sebahagian daripada tetamu yang hadir.

Sebahagian daripada tetamu yang hadir.

“Tidak kira mana-mana negeri sekalipun, kita tetap akan bantu atas nama pembangunan. Ini antara bukti kerajaan persekutuan tidak pernah mengabaikan negeri ini,” katanya.

Menurut Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan (JPPK), Datuk Yahaya Mamat, penduduk negeri ini seharusnya bersyukur kerana mendapat perhatian kerajaan persekutuan.

“Rakyat, peniaga-peniaga, penjawat awam mahupun kakitangan sektor swasta di negeri ini masih beruntung dan bertuah kerana masih mendapat layanan dan perhatian yang sama bahkan lebih daripada negeri-negeri lain yang berada di bawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan,” jelasnya.

Selama 28 tahun Negeri Kelantan dihulurkan dengan pelbagai kemudahan dan bantuan dengan memberi sejumlah peruntukan besar untuk bayaran gaji dan enolumen bulanan penjawat awam di bawah kerajaan negeri Kelantan yang pada tahun 2017 sahaja berjumlah sebanyak RM 54.6 juta.

“Begitu juga kakitangan Majlis Daerah yang terdapat 12 Majlis Daerah di Kelantan dengan peruntukan sebanyak RM21.9 juta setahun.

“90% bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah kerajaan negeri Kelantan adalah peruntukan dari kerajaan Persekutuan dan ini bererti hanya 10% peruntukan dari kerajaan negeri, jelasnya lagi.

Dalam pada itu, Abdullah Abdul Rahman, 51, berkata ramai masyarakat Kelantan tersalah anggap dan terkeliru dan bersepsi negatif terhadap Kerajaan Persekutuan selama ini.

“Mereka tidak mendapat maklumat tepat tentang Kerajaan Persekutuan yang banyak memberi bantuan dan sumbangan kepada negeri ini terutamanya dalam aspek pembangunan, ujarnya.

-SH

Tinggalkan komen anda