Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

Fiesta Melancong Mega 2 Tawar Pakej Pelancongan Terbaik

By 25 Januari 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan Foto oleh: Ruhamin Ramli & Nasiron Hashim (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 25 Jan (Malaysiaaktif) – “Pakej kami adalah sesuai Muslim dengan penjagaan waktu solat, makanan sesuai muslim, ‘tour leader’ berdedikasi dan terlatih, hotel penginapan tiga-lima bintang yang selesa”.

Pengarah Urusan Wan Vacation Sdn Bhd, Syazwan Zaini berkata demikian ketika berucap sempena pelancaran Fiesta Melancong Mega 2 (FMM2) di WOW KL, Pusat Pelancongan Malaysia Jalan Ampang, di sini hari ini.

Syazwan turut menggesa para pelanggan untuk merancang percutian lebih awal agar pengguna dapat menikmati harga pakej Fiesta yang ditawarkan oleh selamatbercuti.com iaitu penjimatan sehingga RM900 seorang.

“Warga emas juga boleh menikmati harga yang lebih rendah apabila mereka memilih melancong bersama selamatbercuti.com dengan penjimatan sehingga RM 400,” katanya.

Syazwan menyifatkan ini sebagai tanda penghargaan selamatbercuti.com kepada warga emas yang merupakan pelanggan utama mereka.

Dari kiri,  Firdaus Hashim,  mewakili Turki Airline Malaysia, Datuk Hj Zaki Mohd Said, Wan Noriah Wan Ramli, Syazwan Zaini, Ali Mahrouqi dan Datuk Muzzammil Mohamad mewakili Qatar Airways

Dari kiri: Firdaus Hashim, mewakili Turki Airline Malaysia, Datuk Zaki Mohd Said, Wan Noriah Wan Ramli, Syazwan Zaini, Ali Mahrouqi dan Datuk Muzzammil Mohamad mewakili Qatar Airways

Pada program yang sama, turut diadakan pelancaran pakej kolaborasi dengan selebriti terkenal seperti Idayu AF, pakej Persona Turki Amasya dan Hafiz Hamidun, pakej kembara Balkan enam negara yang bertujuan memberi peluang kepada peminat untuk bercuti serta meluangkan masa dengan lebih dekat bersama idola mereka.

Acara dwi tahunan yang kali kedua diadakan ini, kini menampilkan 25 pakej terutama pakej ke Eropah, Korea, China, India, Turki dan Amerika Syarikat.

Turut hadir, Pengurus Jualan Oman Airlines Malaysia, Ali Mahrouqi; Pengasass Bersama Sdn Bhd, Dr Mohd Zaki Mohd Said serta Pengasas Bersama Wan Vacation Sdn Bhd dan Min House Camp, Wan Noriah Wan Ramli.

Para pengguna boleh melayari laman sesawang www.selamatbercuti.com atau menghubungi pegawai khidmat pelanggan di talian 0391322884 bagi mendapatkan maklumat berkaitan produk selamatbercuti.com.

– AH

Tinggalkan komen anda