Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeJohor

Kembara Kerjaya 5.0 Swadaya Insan Johor Menjana Pekerjaan Anak Johor

By 25 Januari 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan Dan Foto Oleh :  Noor Hidayah Binti Mohd Izam

 

BATU PAHAT, 25 Jan (Malaysiaaktif) – Lebih 1000 orang menghadiri program Kembara Kerjaya 5.0 yang berlangsung bermula pada hari ini hingga 28 Januari 2018.

IMG_20180125_105046

Karnival Kerjaya anjuran Swadaya Insan Johor ini merupakan kerjasama antara 50 agensi kerajaan dan swasta yang melibatkan seramai 100 majikan. Karnival ini juga membuka 2500 peluang latihan kemahiran dan juga mewujudkan sebanyak 10,000 peluang pekerjaan khususnya buat anak jati Johor.

IMG_20180125_113546

Majlis telah dirasmikan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Mohamed Khalid Nordin. Dalam ucapan perasmiannya beliau menyatakan sumber manusia dan tenaga kerja merupakan asas kekuatan negeri Johor.

IMG_20180125_105639

Kerajaan Negeri memerlukan tenaga kerja mahir bagi memenuhi permintaan semasa. Beliau turut menyentuh akan kepentingan adanya Swadaya Insan Johor dalam mencari dan membuka inisiatif peluang pekerjaan untuk anak Johor.

Bukan hanya peluang pekerjaan yang biasa tetapi peluang pekerjaan yang terancang dan fokus. Pekerjaan yang berprofil tinggi dan berkualiti setimpal dengan imbuhan yang bakal diterima serta merupakan tapak perluasan kerjaya untuk pergi lebih jauh dalam bidang yang diceburi, ujarnya lagi.

Beliau turut menegaskan majikan di Negeri Johor perlu memastikan peluang pekerjaan yang dibuka mestilah diisi dan diberikan keutamaan pada anak Johor terlebih dahulu berbanding pendatang luar agar pekerjaan ini dapat dinikmati oleh anak-anak Johor.

 

Khalid turut menyeru anak-anak Johor mengisi peluang pekerjaan projek-projek mega yang bakal dilaksanakan di Negeri Johor kerana beliau amat berbangga jika ianya hasil tangan anak Johor sendiri.

Menurutnya keutamaan ini perlu dilaksanakan bagi menjamin kehidupan yang selesa dan seimbang serta dapat memberi faedah dan manfaat terutamannya pada rakyat Johor.

IMG_20180125_105825

Seorang pengunjung, Aiman Faiz, 25, berkata beliau hadir ke program ini untuk mencuba nasib mendapatkan pekerjaan setelah hampir 5 bulan tamat pengajian dan masih belum mendapat apa-apa panggilan pekerjaan. Graduan Ijazah Perhotelan ini berharap ada peluang untuknya setelah mengisi banyak borang dengan beberapa majikan yang menawarkan peluang pekerjaan setaraf dengan pengajiannya.

Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Aisyah Jamian, 18, hadir ke program ini bagi mengisi borang untuk mendapatkan latihan kemahiran dan juga peluang pekerjaan yang ditawarkan untuk lepasan SPM.

Ujarnya dia tidak melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi kerana keputusan SPM kurang baik dan berharap dengan adanya latihan kemahiran ini dia dapat membuka peluang mendapatkan pekerjaan yang lebih baik pada masa akan datang.

IMG_20180125_105825

 

Kembara Kerjaya 5.0 bermula pada 25 Januari 2018 di Dewan Jubli Intan Batu Pahat kemudian pada 26 Januari 2018 di Dewan Jubli Intan Muar. Seterusnya pada 27 Januari 2018 di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Kluang dan berakhir pada 28 Januari 2018 secara serentak dilangsungkan di dua tempat iaitu KipMart Kota Tinggi dan Pejabat Unit Swadaya Insan Negeri Johor, Iskandar Puteri. Ini merupakan tahun ke 5 program ini dijalankan bagi membuka peluang pekerjaan khususnya untuk anak-anak Johor.

  • MRR

Tinggalkan komen anda