Skip to main content
Berita TempatanLabuanWilayah Persekutuan

Jualan Sentuhan Rakyat Kurangkan Bebanan

By 27 Januari 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan oleh: Mohd Faizal Mansor/M. Khairul Azad Yunus/Foto Oleh: Jeffrey Nian/ Roziman Mahmuddin

LABUAN, 27 Jan (Malaysiaaktif)-Program Jualan Sentuhan Rakyat yang dianjurkan oleh Pejabat Ahli Parlimen Labuan bersama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) di dua lokasi pada hari ini merupakan salah satu usaha Kerajaan dalam mengurangkan bebanan rakyat khususnya golongan yang berpendapatan rendah di Labuan.

Menurut Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli, kerajaan sedia ada senantiasa prihatin dan memikirkan permasalahan rakyat khususnya dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu pada masa sekarang.

Rozman (kiri) ketika ditemui di Bataras Hypermarket

Rozman (kiri) ketika ditemui di Bataras Hypermarket

“Rakyat Labuan mampu membeli barangan keperluan asas seperti ikan dan barangan keperluan asas yang lain melalui Program Jualan Sentuhan Rakyat yang direncanakan diadakan sebulan sekali selama enam bulan dalam tempoh tiga jam melalui harga subsidi yang diberikan kepada barangan yang terpilih di pasaraya ataupun premis perniagaan yang terpilih,@ ujarnya ketika melawat pelaksanaan program tersebut di Bataras Hypermarket, di sini, pagi tadi.

“Alhamdulilah saya sendiri dapat melihat ramai warga Labuan membanjiri Bataras Hypermarket ini bagi membeli barangan keperluan dapur dan sebagainya dalam tempoh 3 jam bermula 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari melalui Program Jualan Sentuhan Rakyat ini, dan saya bangga dan ucapan syabas kepada pihak KPDNKK Labuan dan Bataras Hypermarket atas usaha menjayakan program ini.

“Kita akan menambah baik program ini pada masa akan datang dan memilih premis mahupun pasar raya yang mempunyai ruang parkir yang banyak bagi memudahkan orang ramai untuk datang membeli belah melalui program ini yang difikirkan sesuai diadakan pada hujung bulan selepas hari penerimaan gaji,” Rozman menambah lagi.

Terdahulu, Program Jualan Sentuhan Rakyat yang bermula hari ini turut diadakan di Kompleks Pendaratan Ikan LKIM, Kiamsam yang bermula seawal 6.00 pagi.

Responden Leha Muarip (kanan sekali)

Responden Leha Muarip (kanan sekali)

Terdapat lima jenis ikan segar yang dijual pada harga murah, diantaranya ikan kayu, cencaru, selayang, kembung selain sembilan jenis sayuran, ikan bilis, ayam standard, minyak masak 1kg dan pelbagai produk Industri Asas Tani.

Sementara itu, warga Labuan ditemui, Leha Muarip, 26, menyambut baik usaha kerajaan melalui program ini yang sedikit sebanyak meringgankan bebanan kos hidup yang semakin tinggi khususnya harga barangan dapur yang meningkat.

Nyet Sin

Nyet Sin

Nyet Sin, 50, pula berpendapat melalui Program Jualan Sentuhan Rakyat yang diadakan hari ni, dia mampu berjimat hampir setengah harga daripada jualan biasa dan dia amat berterima kasih kepada kerajaan yang sentiasa membantu rakyat.

SF

Tinggalkan komen anda