Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeKuala LumpurWilayah Persekutuan

Nasib Warga Flat Sri Pahang Dibela

By 30 Januari 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan Foto oleh: Ahmad Suhaimi Mokhtar & Inthran Krishnan (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 30 Jan (Malaysiaaktif) – Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri telah memilih 10 rumah untuk dibaiki dengan peruntukkan sebanyak RM5 ribu bagi setiap rumah menerusi Majlis Gotong Royong Membaiki rumah pangsa di Flat Sri Pahang, di sini semalam.

Raja Nong Chik mengecat rumah sebagai simbolik majlis gotong rotong di Flat Sri Pahang

Raja Nong Chik mengecat rumah sebagai simbolik majlis gotong rotong di Flat Sri Pahang

Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, berkata, “Jalinan kolaborasi antara pihak kerajaan dan NGO (badan bukan kerajaan) dalam menjayakan program ini sememangnya dapat mengurangkan beban penguni yang terlibat.”

“Perkongsian dari segi peruntukan ini secara tidak langsung dapat membela nasib golongan yang memerlukan dan satu usaha murni yang sewajarnya diteruskan,” katanya pada Majlis Perasmian Gotong-royong Membaiki Rumah-rumah Pangsa Kawasan Parlimen Lembah Pantai, di sini.

Jelasnya, rumah di Flat Sri Pahang yang rata-ratanya berusia 44 tahun ini sememangnya wajar diselenggara semula untuk keselesaan penghuni.

WhatsApp Image 2018-01-29 at 19.13.42

Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menyampaikan ucapan

Pada program yang sama, seramai 10 penghuni dan golongan yang memerlukan menerima sumbangan kerusi roda dan barangan keperluan harian.

Raja Nong Chik turut berterima kasih kepada Kelab Kebajikan Paku Pakis dan Rekreasi yang telah membantu menyediakan sukarelawan dan membaiki selain mengecat rumah-rumah yang terlibat.

“Usaha sebegini dilihat sebagai satu usaha murni daripada anak-anak muda yang turut sama menyumbang tenaga tanpa mengira kaum,” katanya lagi.

Penerima sumbangan kerusi roda, Rosli Yaacob

Penerima sumbangan kerusi roda, Rosli Yaacob

Dalam pada itu, Raja Nong Chik turut menyuarakan hasrat untuk membantu mendapatkan peruntukan sebanyak RM200 ribu daripada pihak kerajaan dan swasta bagi membaik pulih 100 rumah di flat ini yang dikenal pasti daif dan perlukan penyelengaraan segera.

Turut hadir, Pengarah ICU, Amir On dan Pengarah JASA WPKL, Drs Mawardi Kaab.

– AH

Tinggalkan komen anda