Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelaka

Ziarah Kasih Bantu Dua Beradik Warga Emas

By 2 Februari 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Khairunnisa Abd Rahman (Jasin)

ASAHAN, 2 Jan (Malaysiaaktif) – Program Ziarah Kasih yang dilaksanakan setiap bulan mampu meringankan beban rakyat yang kurang berkemampuan di samping merasai denyut nadi mereka sebagai warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan.

Rahmah menegaskan nasib rakyat sentiasa dibela oleh kerajaan.

Rahmah menegaskan nasib rakyat sentiasa dibela oleh kerajaan.

Ketua Wanita UMNO Cawangan Bukit Senggeh, Rahmah Abu Samah berkata, program ini bertujuan membantu meringankan bebanan masyarakat kampung yang kurang berkemampuan.

“Bersama-sama kita adalah Ahli DUN kawasan Asahan, Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan yang sentiasa bersama-sama masyarakat akar umbi dan melihat sendiri permasalahan mereka yang berada dibawah.

Selain beras dan barangan keperluan harian, penerima juga menerima wang tunai untuk perbelanjaan harian mereka,” ujar Rahmah.

Penerima bantuan, Puteh Long, 64, berterima kasih kepada Ghafaar, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) atas bantuan kepada dirinya serta kakaknya, Salimah Long, 72.

Abdul Ghafaar (tengah) menyampaikan sumbangan kepada Puteh dan Salimah.

Abdul Ghafaar (tengah) menyampaikan sumbangan kepada Puteh dan Salimah.

“Bantuan ini amat bermakna kepada kami untuk meneruskan kehidupan seharian. Makcik ni ada kencing manis, darah tinggi pun ada, buah pinggang pun dah tak berapa baik. Makcik duduk sini dengan kakak dan anak angkat makcik yang berumur 16 tahun.

“Makcik tak berkahwin, menumpang kasih dengan kakak yang sebatang kara dan anak angkat makcik. Makcik dapat bantuan daripada JKM  sebanyak RM300, kakak dapat bantuan makanan daripada MAIM,” kata Puteh.

Program Ziarah Kasih yang dianjurkan ADUN Asahan, Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Jasin, JKM, MAIM dan Pejabat Kesihatan Jasin.

-SH

Tinggalkan komen anda