Skip to main content
Berita TempatanHomeMelaka

Komuniti 1Malaysia Ceriakan Sambutan Tahun Baharu Cina

By 3 Februari 2018Februari 4th, 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Mastika Hablum (Alor Gajah)

ALOR GAJAH, 3 FEB (Malaysiaaktif) – ‘Hulurkan bantuan ringankan beban’ itulah simbolik program Jalinan Kasih Jiwa Murni anjuran Komuniti 1Malaysia (K1M) Taman Alor  di sini yang diadakan di sini semalam.

Lawatan Jalinan Kasih Jiwa Murni  ini menyaksikan penyampaian sumbangan kepada mereka yang kurang bernasib baik bagi meringankan beban mereka untuk menyambut Tahun Baharu Cina yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Swee Hun, menyatakan lawatan ini sedikit sebanyak menceriakan sambutan perayaan Tahun Baharu Cina kali ini.

Swee Hun, menyatakan lawatan ini sedikit sebanyak menceriakan sambutan perayaan Tahun Baharu Cina kali ini.

Penerima sumbangan, Kng Swee Hun, 49, yang mengidap kanser payu dara tahap dua sejak dua tahun lepas dan kini bergantung ikhtiar melalui rawatan tabib cina, terharu dengan kunjungan ini.

“Saya ucapkan terima kasih atas lawatan ini dan sudah pasti sedikit sebanyak dapat menceriakan sambutan perayaan Tahun Baharu Cina kali ini, katanya.

Ahli Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Norpipah Abdol menjelaskan lawatan kali ini turut menyelami, meninjau dan juga mengambil tahu permasalahan warga di sini.

“Bagi membantu Swee Hun, saya akan cuba usahakan memohon untuk mendapatkan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi menampung kos perbelanjaan rawatan kanser di hospital kerajaan,” ujar Norpipah.

“Turut terasa terharu dengan sentuhan rakyat melalui lawatan tersebut, warga emas, Yap Yen Tai, 79.

“Terima kasih banyak datuk, saya sudah terbaring lesu dan hanya menyambut tahun baharu di atas katil sahaja,” ujarnya dengan penuh sebak.

Sebanyak 11 buah rumah dikunjungi dalam program itu, antaranya rumah warga emas yang uzur dan pesakit kronik sekitar DUN Rembia.

-SH/AAS

Tinggalkan komen anda