Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantanSains & Teknologi

Kerajaan Tekad Laksana Teknologi Hijau Untuk Lestari Alam

By 4 Februari 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan / foto : Khairunnisa Ismail & Robani Nabi Ahmad

KOTA BHARU, 4 Feb (Malaysiaaktif) – Pelan Induk Teknologi Hijau (GTMP) yang dilancarkan oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) Oktober tahun lalu bertujuan menjaga alam sekitar melalui penggunaan pelbagai kaedah bagi mengimbangi pembangunan negara berteraskan pengeluaran karbon terkawal dan meminimumkan jejak karbon.

Inisiatif tersebut diambil kerana perubahan iklim dan kerosakan bumi disebabkan angkara manusia.

Dalam menekan tentang aspek berkenaan, Ketua Setiausaha KeTTHA, Datuk Seri Ir. Dr. Zaini Ujang berkata, “Kerajaan berusaha memanfaatkan teknologi hijau bagi mengimbangi keperluan pertumbuhan teknologi dan pada masa yang sama memelihara alam sekitar.”

Zaini (kanan) memberikan penerangan mengenai GTMP di KTC hari ini.

Zaini (kanan) memberikan penerangan mengenai GTMP di KTC hari ini.

“GTMP menghasilkan keputusan teguh jangka masa panjang yang berkesan dalam mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai antara peneraju pembangunan teknologi hijau global dalam menuju aspirasi TN50.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah meluluskan peruntukan sebanyak RM5 bilion dalam Pembentangan Bajet 2018 bagi melaksanakan Skim Pembiayaan Teknologi Hijau.”

“Ia bertujuan menyokong pembangunan teknologi hijau bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara yang mampan dan lestari,” tambahnya lagi pada Program Nasional 2050 (TN50) dan GTMP di Kelantan Trade Centre hari ini.

Menurut Law Awang, 67, antara yang menghadiri program tersebut, amalan secara konsisten perlu bagi mencapai matlamat memperkasa tenaga lestari selari dengan visi TN50.

“Masyarakat seharusnya faham dan mengamalkannya secara konsisten dan bukannya secara hangat-hangat tahi ayam atau sekadar melepaskan batok di tangga,” katanya.

Bagi seorang pelajar, Nik Nazreen Hafiz Nik Mohd Nasrom, 19, dia berbangga kerana terpilih mewakili sekolah menyertai program ini.

“Sebagai seorang pelajar, peluang untuk mendengar penjelasan tentang GTMP ini secara tidak langsung telah memberi kesedaran untuk lebih menghargai alam sekitar.

“Saya juga akan menyahut cabaran Datuk Seri Dr. Zaini untuk menanam pokok sebanyak yang mungkin kerana pokok akan membekalkan oksigen kepada bumi,” ujar pelajar Sekolah Menengah Kubang Kerian 1 itu.

Turut hadir, Pengurus Besar (Bahagian Pembahagian) Tenaga Nasional Berhad Kelantan, Datuk Md Yuslan Md Yusoff serta selebriti Fizo Omar selaku moderator.

 

-SH/AAS

Tinggalkan komen anda