Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Fahami Mesej Penganjuran Tilawah Al-Quran

By 5 Februari 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan / Foto : Mohd Hafiz Mat Nor (Sabah)

TENOM, SABAH, 4 Feb. (Malaysiaaktif) – Majlis Tilawah Al-Quran yang diadakan di setiap daerah di negeri ini mampu mencungkil bakat baru dalam pengajian Al-Quran.

Ahli Parlimen Tenom, Datuk Raime Unggi berkata Majlis Tilawah Al-Quran yang dianjurkan tiap tahun bukan hanya untuk memperdengarkan kemerduan dan kelunakan suara peserta tetapi lebih penting mesej yang disampaikan.

Ridal ketika memperdengar bacaannya pada majlis berkenaan.

Ridal ketika memperdengar bacaannya pada majlis berkenaan.

“Al-Quran yang diajar oleh Baginda Rasullah SAW kepada kita mempunyai panduan untuk semua aspek, tatacara hidup manusia di dunia sama ada daripada segi akidah, syariah atau pun perundangan.

“Panduan dalam Al-Quran mencakupi segenap bentuk budaya, yang penting tanggungjawab kita sebagai ibu bapa menekankan kepada anak-anak untuk terus mempelajari ilmu di dalamnya,” kata beliau semasa merasmikan majlis Tilawah Al-Quran peringkat Daerah Tenom di Masjid Ar-Rahman Pekan Tenom pada Khamis.

Raime semasa menyampaikan ucapan perasmian pada majlis berkenaan.

Raime semasa menyampaikan ucapan perasmian pada majlis berkenaan.

Tambahnya lagi, di dalam Al-Quran Allah menyeru umat manusia untuk menyemai minat membaca dan mendalami pelbagai bidang ilmu.

Raime turut menyatakan, kerajaan ketika ini sama ada kepimpinan peringkat pusat atau negeri berusaha menaikkan taraf hidup masyarakat serta membantu meningkatkan pembangunan dakwah dalam negara kita.

“Kerajaan komited membina sekolah-sekolah agama dan membantu pelajar yang berminat mendalami bidang pengajian agama hingga ke luar negara.

“Kerajaan juga memberi kemudahan kepada para penduduk beragama Islam seperti pembinaan masjid dan juga surau serta maahad-maahad tahfiz di seluruh negeri,” ujarnya lagi

Pada Majlis tilawah tersebut Johan qari dimenangi oleh Ridal Abdul Kadir, manakala Johan kategori qariah disandang oleh Norazizi Asaran.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda