Kembali Bersinar, Jeti Pendaratan Ikan Dipulihkan

48419ab6-f0d7-45b1-bd40-73347087a964
Pasar jeti LkIM kembali meriah kerana pendaratan ikan kembali pulih.

 

Laporan / Foto : Mohamad Anizan Mat Daud

KOTA BHARU, 5 Februari, (Malaysiaaktif) – Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia ( LKIM) Kuala Besar di sini merupakan satu-satunya tempat pendaratan nelayan bot pesisir pantai dan laut sederhana di daerah Kota Bharu, selain Kompleks LKIM Tok Bali, Pasir Puteh, Kompleks LKIM Geting Tumpat dan Kompleks LKIM Kemasin Bachok.

Jabatan Perikanan dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Negeri Kelantan dengan kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kelantan (JPS) telah berusaha mendalamkan muara pendaratan ikan ini bermula sejak awal September 2017.

Papan tanda projek pendalaman muara kuala besar Kota Bharu.

Papan tanda projek pendalaman muara kuala besar Kota Bharu.

Lokasi tersebut kini di perkasa semula dan sekali gus membantu meningkatkan kembali pendapatan dan memudahkan nelayan, terutamanya yang menggunakan bot kelas C2 dan B untuk mendaratkan hasil tangkapan secara terus,

“Kami amat bersyukur di atas usaha pihak Lembaga Kemajuan Ikan, Jabatan Perikanan dan Jabatan Pengairan mendalamkan kembali muara pendaratan ikan dan sekarang pendapatan kami bertambah baik, di samping memudahkan pemindahan jualan hasil tangkapan terus kepada pihak LKIM”, ujar Nik Kamarul  Nik Hussien, 47.

Kerja-kerja mendalamkan muara menggunakan kapal korek.

Kerja-kerja mendalamkan muara menggunakan kapal korek.

“Suatu masa dahulu jeti ini antara jeti pendaratan ikan paling baik kerana memudahkan  nelayan dan peraih terus menjual hasil tangkapan segar mereka dengan harga berpatutan kepada orang ramai, ” kata Azahar Mat Sani 43, antara pelanggan di Jeti Kuala Besar.

Pengerusi Persatuan Nelayan Kota Bharu, Shaari Abdullah memberitahu Malaysiaaktif, “Sebelum ini nelayan- nelayan kawasan persekitaran terpaksa mendaratkan hasil tangkapan ikan di muara, sama ada di kawasan Jeti Kemasin Bachok atau Jeti Tok Bali Pasir Puteh “, katanya kepada Malaysiaaktif.

Antara nelayan yang mendaratkan hasil tangkapan di jeti LKIM Kuala Besar.

Antara nelayan yang mendaratkan hasil tangkapan di jeti LKIM Kuala Besar.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kelantan, Kamal Mustafa berkata,  “Kerajaan menanggung kos lebih RM200,000, untuk setiap enam bulan atau lebih setiap tahun bagi kerja-kerja mendalamkan muara sungai Kuala Besar Kota Bharu.”

LKIM akan terus membantu golongan nelayan, terutama nelayan pesisir pantai bagi menjana ekonomi dan pendapatan negara dengan menyediakan pelbagai kemudahan, antaranya melalui bantuan kewangan, teknikal, latihan dan bantuan subsidi.

 

-AAS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...