Dari Penjual Tong Gas Kini Pengasas Produk

1d6b095a-5e7c-4143-90de-a615e6add490

 

 

Laporan:  Fauzrina Hj Bulka & foto : Azman Jumat (Sabah)

KOTA KINABALU, 4 Feb(Malaysiaaktif) – Kejayaan demi kejayaan dikecapi seorang ibu kepada empat anak ini, namun siapa sangka pelbagai kepayahan yang dilaluinya telah menjadikan dirinya semakin matang dalam selok-belok perniagaan.

Sarzielawatie Samad, 35, memang layak berbangga mampu bergelar usahawan dan pengasas produk kecantikan kerana sangat komited untuk berjaya dalam hidup.

Dayang Khatijah(kiri) turut bersama Sarzielawatie (kanan) semasa gimik pelancaran.

Dayang Khatijah(kiri) turut bersama Sarzielawatie (kanan) semasa gimik pelancaran.

“Selepas menamatkan pengajian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya tidak tergesa-gesa menyambung pelajaran disebabkan keputusan SPM yang tidak membanggakan.

“Akibat malu dan nekad untuk membuktikan yang saya masih boleh berjaya, saya mengambil keputusan ke Kota Kinabalu untuk bekerja kerana tidak mahu membebankan orang tua.

“Berbekalkan wang hasil bekerja separuh semasa di Sabah Tourism, saya mendaftar di sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dan mengambil jurusan setiausaha.

Peluasan jangkauan pasaran: Sarzielawati bersama para blogger yang dijemput khas semasa majlis pelancarannya.

Peluasan jangkauan pasaran: Sarzielawati bersama para blogger yang dijemput khas semasa majlis pelancarannya.

“Namun begitu, hanya separuh di dalam jiwa saya mahu belajar, separuh lagi masih mahu mencari duit sendiri tanpa perlu berharap pada ibu bapa.

“Semasa kuliah, saya mencuri masa pula belajar menjadi kontraktor, berurusan ke pejabat kerajaan seusai selepas kelas,” ujarnya.

Dengan itu, bermulalah kehidupan Sarzielawatie sebagai seorang kontraktor muda berusia 19 tahun ketika itu dengan belajar melalui pemerhatian dan pengalaman.

“Menjadi seorang kontraktor sangat mencabar bagi saya, saya pernah ditipu, menyebabkan saya menanggung beban hutang sehingga terpaksa menjual tong gas untuk memulakan kehidupan.

 

“Sampai kini saya ingat kisah itu kerana itulah pengalaman paling sedih dalam hidup saya, berlaku juga beberapa kemelut dalaman yang membuatkan saya tertekan, saya berdoa dan akhirnya Allah berikan saya idea,” katanya.

Segala itu merupakan denai-denai yang akhirnya membawa kepada kemunculan produk SIS Perapat yang merupakan jenama formulasi berdasarkan idea sendiri.

Menurutnya juga, dalam tempoh 20 hari produk tersebut mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kelarisan awal sebanyak 1000 botol.

Dia bertuah kerana kelulusan KKM diperoleh dalam masa hanya sebulan dan ini penting untuk meyakinkan pengguna supaya tidak berasa waswas apabila menggunakan produk tersebut.

Jelasnya lagi, Akademi Team SIS dilakukan secara atas dan bawah talian dengan modal rendah untuk membentuk lebih ramai ejen wanita yang berjaya walaupun dengan hanya bekerja dari rumah atau masih belajar.

“Ruang dan peluang untuk mengikuti pasukan SIS terbuka kepada semua wanita di luar sana yang berumur 18 hingga 40 tahun.

“Inilah impian saya untuk menjadi pengasas produk dan memberikan inspirasi pada wanita di luar sana; walaupun jatuh berkali-kali dalam perniagaan bukan penghalang kejayaan tetapi pemangkin semangat untuk belajar lebih baik lagi.

“Sekarang baru saya faham kenapa Allah uji saya dengan dua kali kejatuhan, Allah ingin saya lebih kuat dan menjadi inspirasi wanita agar jangan mengalah dengan diri sendiri,” jelasnya ketika di temui pada petang Sabtu.

Sehingga kini Sarzielawatie masih belajar untuk meningkatkan ilmu dan berharap melalui produk Del Billionaire Sdn Bhd ini, dia dapat melahirkan usahawan wanita berpendapatan lima angka sebulan minimum.

Majlis Pelancaran Produk Del Billionaire dirasmikan oleh Ketua Puteri UMNO Sabah, Normala Rasik.

Turut hadir, Pengerusi Persatuan Industri Kecil dan Sederhana Wanita Sabah (IKSnita), Datuk Dayang Khatijah Bachtiyal.

-AAS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...