Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeNegeri Sembilan

Penyebaran Berita Palsu Makin Menjadi

By 12 Februari 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Noorshazana Shaadan & Mohd Khairulnizam Mohd Yunus (Port Dickson)

PORT DICKSON, 12 Feb (Malaysiaaktif) – “Dengan hanya sekali login ke laman Facebook, sebanyak 1 sen akan ditolak daripada akaun bank anda.

Menurut pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Anuar Ali, berita-berita palsu sebegini semakin mudah disebarkan melalui jaringan sosial seperti ini.

Tun Khairudin (tengah) bergambar kenangan dengan peserta program.

Tun Khairudin (tengah) bergambar kenangan dengan peserta program.

“Berita palsu adalah sesuatu berita yang diterima dan dipercayai oleh orang lain. Masyarakat dilihat begitu teruja untuk berkongsi maklumat dan informasi yang diterima menerusi laman sosial khususnya tanpa sebarang semakan akan kesahihannya,” ujarnya ketika menjadi ahli panel program Forum Bicara Perdana sempena Siri Jelajah Sebenarnya.my di Kompleks Pentadbiran Port Dickson baru-baru ini.

Sesi Forum Bicara Perdana yang telah dikendalikan oleh Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Sembilan membicarakan tentang sejauh mana kesan penularan berita palsu ini dalam kalangan masyarakat Malaysia. merupakan antara intipati dalam Siri Jelajah Sebenarnya.my Parlimen Telok Kemang.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bagan Pinang, Datuk Tun Hairudin Abu Bakar yang menegaskan bahawa dalam keadaan masa kini, maklumat yang sering diterima tidak jelas dan tidak bertepatan.

“Penyebaran berita palsu secara dalam talian merupakan masalah global. Bukan sahaja Malaysia, negara-negara maju seperti Perancis, German dan Britain turut sama berdepan dengan isu ini.

“Komunikasi yang pantas melalui rangkaian jalur lebar ini amat berbahaya dan membimbangkan. Sekiranya tidak dikawal, bukan sahaja keselamatan negara akan terjejas, tetapi ekonomi negara juga akan turut menerima kesannya,” ujarnya ketika merasmikan Siri Jelajah Sebenarnya.my Parlimen Telok Kemang 2018.

Tambahnya, generasi muda memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan hala tuju sesebuah negara.

Sebahagian daripada peserta yang hadir sempena Siri Jelajah Sebenarnya.my di Kompleks Pentadbiran Port Dickson baru-baru ini.

Sebahagian daripada peserta yang hadir sempena Siri Jelajah Sebenarnya.my di Kompleks Pentadbiran Port Dickson baru-baru ini.

Sehingga kini, sejumlah 76 kes berkenaan dengan penyebaran berita dan maklumat palsu dalam talian telah disiasat dan lima kes telah dihadapkan ke mahkamah pada tahun ini oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Usaha SKMM menerusi Portal Sebenarnya.my yang telah dilancarkan pada 14 Mac tahun lepas merupakan suatu platform yang menghimpunkan maklumat yang telah ditentukan kesahihannya oleh saluran rasmi atau agensi kerajaan yang berkenaan secara setempat.

Dalam pada itu, Nur Hidayah, 27, kakitangan kerajaan menyifatkan penyebaran berita palsu memberikan impak negatif kepada masyarakat dalam konteks Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum, agama dan budaya.

“Keterujaan dalam menyebarkan berita dan menjadi orang pertama tahu tentang sesuatu berita itu merupakan antara sebab berlakunya penyebaran berita tanpa usul periksa,” katanya.

Siri Jelajah Sebenarnya.my adalah anjuran bersama SKMM, Jabatan Penerangan Negeri Sembilan, Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson dengan dibantu oleh beberapa agensi kerajaan dan swasta.

Turut hadir Pegawai Daerah Port Dickson, Khairy Maamor dan Pengarah SKMM Wilayah Tengah, Zahari Ismail.

-SH

Tinggalkan komen anda