Tarian Merak Meriahkan Pesta Ponggal di Mersing

WhatsApp Image 2018-02-12 at 12.23.58

 

Laporan Oleh : Mohd Zahairi Ahmad Zabidi dan Mohd Hanif Ahmad
Foto Oleh : Burhanuddin Jamil

 

Mersing 12 Februari 2018 (Malaysiaaktif) – Penganjuran pesta Ponggal buat julung kalinya diadakan di daerah ini berjaya menarik perhatian dari pelbagai lapisan kaum untuk hadir ke majlis ini.

ADUN Tenggaroh, Raven Kumar berkata, perayaan itu juga dapat mengekalkan budaya masyarakat India di daerah ini agar tidak dilupakan pada Pesta Ponggal 2018 di Mersing Kechil.

“Saya berharap penganjuran Pesta Ponggal yang meriah pada hari ini dapat diteruskan pada tahun hadapan dan akan dimasukkan dalam kalendar pelancongan daerah” kata Raven Kumar dalam ucapan aluannya yang turut dihadiri Pegawai Daerah Mersing, Haji Ashari bin Kasnan.

Tarian merak

Tarian merak

Salah seorang yang tetamu hadir, Kasmara Sokarnor berkata, “pada hari ini, bukan sahaja penganut Hindu datang meraikan ponggal sebaliknya juga pelbagai bangsa lain yang begitu teruja dan gembira untuk menyaksikan sendiri bagaimana pesta ini disambut,”.

Pesta seperti itu juga sebenarnya merupakan suatu saluran bagi menyatupadukan masyarakat dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang sosial, ujar beliau lagi.

Orang ramai yang hadir disajikan dengan persembahan tarian tradisional India iaitu Kara Ga dan Tarian Merak bagi meraikan kedatangan bulan Thai dalam kalendar masyarakat Tamil.

Menurut Baskeran Nair, seorang pesara guru berkata, masyarakat India percaya bahawa bulan Thai akan membawa tuah dan sinar harapan baharu dalam kehidupan mereka. Hari Ponggal adalah hari kesyukuran dan ia bukan sahaja sebagai Pesta Menuai malahan boleh dianggap sebagai platform mengeratkan hubungan kekeluargaan,” katanya lagi.

Sempena sambutan ponggal ini, ianya disambut dengan meriah di rumah masing-masing atau di kuil. Upacara mengikat tebu dan daun mangga di pintu adalah upacara turun temurun orang Tamil sejak dulu.

Periuk tanah liat dihias dengan daun mangga, daun kunyit dan pewarna ‘kum kum’ bagi memasak Ponggal bersama susu sehingga ia melimpah keluar. Perbuatan membiarkan masakan ini melimpah dikenali sebagai Ponggal.

PONGGAL atau susu yang melimpah juga membawa maksud bahawa hidup seseorang akan dilimpahi kemakmuran, kesejahteraan dan keamanan.

Kira-kira seramai 200 orang tetamu hadir ke pesta ini.

-MRR

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...