Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Gembira Bertugas di Pusat Pemindahan Banjir

By 12 Februari 2018Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Athira Abdullah & Jaed Tepus (Sarawak)

SAMARAHAN, 12 Feb (Malaysiaaktif) – Keadaan banjir di negeri ini dilaporkan semakin surut, menyebabkan beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup setelah mangsa dibenarkan pulang.

Antara pusat pemindahan banjir yang telah ditutup ialah PPS Kompleks Sukan Asajaya.

Munya (dua dari kiri) gembira dapat berkhidmat sepanjang PPS Kompleks Sukan Asajaya ini beroperasi.

Munya (dua dari kiri) gembira dapat berkhidmat sepanjang PPS Kompleks Sukan Asajaya ini beroperasi.

Bagi tukang masak yang bertugas sepanjang PPS Kompleks Sukan Asajaya beroperasi Munya Melili, 40, pengalamannya memasak untuk mangsa-mangsa banjir disifatkannya sebagai sesuatu yang sukar untuk dilupakan.

“Kami berasa gembira, selesa ketika bertugas di sini, layanan dan kerjasama yang baik daripada semua agensi kerajaan yang bertugas disini, mereka turut membantu kami menyediakan makanan kepada mangsa banjir.

“Kerja memasak menjadi mudah apabila ramai yang turut membantu kami, ada orang Iban dan orang Melayu sekali memasak,” kata Munya yang berasal dari Kampung Sampu Jugu.

Seorang lagi rakan Munya, Aida Sebeli, 53, dari kampung yang sama kelihatan begitu bersemangat ketika ditemubual.

“Saya seronok dan bertuah sangat kerana diberi peluang untuk berkhidmat bersama Munya untuk memasak disini.

“Saya dan rakan-rakan yang lain dijemput dari kampung oleh petugas disini untuk berkhidmat serta membantu kerja-kerja memasak. Saya seolah-olah berada di rumah sendiri sepanjang bertugas di sini.

-SH

Tinggalkan komen anda