Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantan

Sepetang Komuniti 1Malaysia Raikan Warga Emas

By 12 Februari 2018Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Robani Nabi Ahmad & Nor Fadzlina Ahmad Fadzli (Kota Bharu)

KOTA BHARU, 12 Feb (Malaysiaaktif) – Program Sepetang Komuniti 1Malaysia bersama Masyarakat Cina di sini meraikan warga emas sempena Sambutan Tahun Baharu Cina yang bakal disambut tidak lama lagi.

Lou-Sang disediakan secara bergotong-royong mengeratkan lagi hubungan sesama komuniti.

Lou-Sang disediakan secara bergotong-royong mengeratkan lagi hubungan sesama komuniti.

Dalam program ini, menyaksikan penyampaian sumbangan angpau dan limau mandarin kepada 10 orang warga emas yang akan menyambut Tahun Baru Cina beserta acara Yee Sang tanda perpaduan, penyatuan dan lambang kemurahan rezeki.

Lau Awang, 60, selaku pengerusi Komuniti 1Malaysia Kelochor berkata komuniti komited menyalurkan bantuan tidak mengira musim.

“Dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan persediaan menyambut Tahun Baharu Cina,” ujarnya.

Wee Kim Nau, 65, seorang penerima sumbangan turut terasa terharu dengan sentuhan rakyat melalui program sepetang bersama masyarakat cina pada petang ini.

“Sata amat berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana mengadakan program ini,” jelasnya.

Kira-kira 50 orang terdiri daripada masyarakat Cina Dun Kota lama hadir pada majlis anjuran Komuniti 1Malaysia Kelochor dan disempurnakan oleh Ketua Wanita MCA bahagian Kota Bharu, Saw Ooi Leng.

-SH

Tinggalkan komen anda