Tiada Yang Dipinggirkan – Isa Samad

IMG20180210113911 (2)

 

 Laporan dan foto : Ramasamy Amas (Jempol)

JEMPOL, 13 Feb (Malaysiaaktif) – Negara dibawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah meminggirkan mana-mana kaum daripada ketinggalan dalam arus pembangunan negara, di mana semua kaum diberi keutamaan untuk menikmati hasil kekayaan negara.

Ahli Parlimen Jempol, Tan Sri Mohd Isa Samad menjelaskan Malaysia makmur kerana terdiri daripada berbilang kaum dan bebas mengamalkan kebudayaan serta adat resam berdasarkan kepercayaan masing-masing tanpa prejudis.

Isa ketika berucap sempena Majlis Sumbangan Bantuan Tahun Baharu Cina di Dewan Kampung Baru Indah Bahau.

Isa ketika berucap sempena Majlis Sumbangan Bantuan Tahun Baharu Cina di Dewan Kampung Baru Indah Bahau.

“Sejajar itu kerajaan telah merangka pelbagai transformasi dalam bidang ekonomi, pendidikan dan sosial agar negara kita dapat bersaing setanding dengan negara-negara maju.

“Tiada negara di dunia ini yang tidak mempunyai masalah, namun di bawah pentadibiran Datuk Seri Najib Tun Razak, ekonomi negara berada dalam keadaan baik dengan pertumbuhan ekonomi negara berada pada paras 4.3 peratus dan  rakyat dapat hidup dalam keadaan aman dan damai.

“Pembangunan di Pekan Bahau adalah  hasil perancangan kerajaan negeri. Banyak lagi pembangunan dapat dirasai di sini sekiranya pengundi memberi sokongan yang kuat dan menawan kembali Dewan Undangan Negeri Bahau ini,” jelasnya lagi.

Isa turut menasihati orang ramai agar berbelanja secara berhemah dalam menghadapi kenaikan harga barang yang semakin meningkat.

“Walaupun sumbangan RM100 tidak sebesar manapun, sekurang-kurangnya dapat membantu mereka yang memerlukan untuk bersama-sama merayakan perayaan Tahun Baharu Cina kali ini,” katanya ketika menyampaikan sumbangan kepada 600 penduduk setempat sempena perayaan Tahun Baharu Cina di Dewan Kampung Baru Indah, baru-baru ini.

Sementara itu, seorang penerima sumbangan, Cheong Fock Choy, 53, golongan orang kurang upaya gembira menerima sumbangan tersebut.

“Saya terharu kerana menerima Ang Paw Tahun Baharu Cina kali ini, bolehlah beli keperluan harian sedikit sebanyak,” katanya.

– SH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...