Rakyat Malaysia Bertuah, Negara Ditadbir Cekap

04 (1)

 

 Laporan dan foto : Ramasamy Amas (Jempol)

JEMPOL, 13 Feb (Malaysiaaktif) – “Rakyat Malaysia sangat bertuah dan perlu bersyukur kerana sejak mencapai kemerdekaan hingga sekarang, pemimpin terdahulu mahupun sedia ada, berjaya mentadbir negara dengan cekap dan aman,” kata Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad  ketika merasmikan Malam Kebudayaan sempena Tahun Baru Cina di Aurora Walk Bahau malam tadi.

Program yang dirancang bersama antara Persatuan Komuniti Cina Bahau berjaya menyaksikan persembahan kebudayaan yang penuh warna warni dan dimeriahkan dengan persembahan Tarian Singa.

Isa samad yang juga Ahli Parlimen Jempol berkata, Rakyat Malaysia perlu menjaga perpaduan dalam menjamin kelangsungan keamanan dan kesejahtetaan rakyat.

Pengunjung disajikan dengan persembahan tarian singa sempena Malam Kebudayaan Tahun Baharu Cina di Aurora Walk, semalam.

Pengunjung disajikan dengan persembahan tarian singa sempena Malam Kebudayaan Tahun Baharu Cina di Aurora Walk, semalam.

“Rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa, bahasa dan adat perlu menjaga keharmonian dan perpaduan kaum. Jangan dibangkitkan isu perkauman sehingga menyakitkan hati kaum tertentu.

“Perlembagaan Negara adalah yang terbaik kerana menjamin kedaulatan dan memelihara hak  semua kaum dan tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak,” jelasnya yang turut menyampaikan sumbangan kepada 27 badan-badan kebajikan masyarakat cina yang melibatkan peruntukan hampir RM60,000.

Menurut beliau agenda Tranformasi Nasional (TN50) yang dipacu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah bertunjangkan kepada kehendak dan  aspirasi golongan belia dalam masa 30 tahun akan datang.

Sementara itu pengerusi pengelola Malam Kebudayaan Cina, Steven Chong menjelaskan kerajaan sentiasa memberikan kebebasan kepada semua kaum untuk merayakan sambutan perayaan  mengikut kepercayaan masing-masing dalam suasana yang aman dan damai.

“Sambutan sebegini perlu diadakan bukan sahaja untuk mengetengahkan kebudayaan kaum tertentu malahan juga sebagai bukti dan lambang negara kita terdiri daripada pelbagai kaum yang aman dan damai,” ujarnya.

Steven turut menyeru kepada semua untuk mengekalkan keamanan sedia ada serta jangan cepat terpengaruh dengan anasir luar.

-SH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...