Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

‘Hambat Ikan’ Meriahkan Pelepasan Benih Ikan

By 13 Februari 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan Oleh Fasharina Kholil / Rasidi Che Sa

 

SIK, 13 Februari (Malaysiaaktif) – Sebanyak 2000 benih ikan lampan dilepaskan di Sungai Kampung Pokok Jerai, di sini, sempena Program Perkelahan dan Pelepasan Benih Ikan pada Khamis yang lalu.

Program pelepasan benih ikan tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan Negeri Kedah merangkap ADUN Belantek, Datuk Hj Mohd Tajuddin Abdullah.

Anak-anak ikan lampam dilepaskan

Anak-anak ikan lampam dilepaskan

Beliau berkata, program pelepasan benih ikan ini merupakan simbolik dalam usaha memelihara serta memulihara sumber ikan di dalam sungai tersebut disamping bagi menangani kepupusan sumber ikan.

Tambah beliau lagi, berbagai jenis ikan air tawar terdapat di dalam sungai ini seperti ikan lampan, sebarau, kaloi dan juga baung namun, sebahagian darinya semakin berkurang kerana tidak dapat membiak atau tercemar.

Ikan-ikan besar dijala terlebih dahulu sebelum anak-anak ikan dilepaskan

Ikan-ikan besar dijala terlebih dahulu sebelum anak-anak ikan dilepaskan

Oleh yang demikian, beliau berharap pelepasan benih ikan ini sebagai salah satu usaha bagi meningkatkan sumber perikanan sungai sedia ada yang semakin berkurangan.

“Inisiatif ini juga berupaya mengelakkan spesies ikan daripada pupus, meningkatkan kesedaran dan penglibatan masyarakat setempat dalam aktiviti penjagaan sumber perikanan dan membangunkan industri nilai tambah perikanan rekreasi,” jelasnya lagi.

Terdahulu, sebelum upacara pelepasan benih ikan turut diadakan aktiviti menjala ikan atau lebih dikenali dengan panggilan ‘menghambat’ ikan bagi penduduk tempatan. Ia adalah untuk  memastikan ikan-ikan ditangkap terlebih dulu sebelum melepaskan benih-benih ikan.

Menurut salah seorang pengunjung, Khairul Izham Yusoff, 27, dia berasa teruja untuk turut sama di dalam aktiviti ini tambahan pula pada musim panas seperti sekarang.  Selain daripada itu, ia turut akan meningkatkan kesedaran golongan muda serta kanak-kanak supaya memelihara sumber perikanan sungai.

Khairul turut menambah, mereka berasa selesa apabila dapat bersama dengan pemimpin termpatan dalam program santai seperti ini dan berharap program yang baik ini akan diteruskan dari masa ke masa.

  • MRR

Tinggalkan komen anda