Ibu Bapa, Ambil Berat Pelajaran Anak-Anak

IMG-20180212-WA0008-1

Laporan dan foto oleh : Umar Yusof (Sabah)

TAWAU, SABAH, 13 Feb.(Malaysiaaktif) – Ibu bapa di ingatkan agar sentiasa memastikan anak-anak mendapat pendidikan yang sempurna bagi kejayaan masa depan mereka.

Ahli Parlimen P.191 Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh berkata ibu bapa perlu mengambil berat dan mengutamakan pendidikan anak-anak yang merupakan waris utama kepimpinan negara pada masa hadapan.

“Sehubungan itu, adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa memastikan anak-anak mendapat pendidikan sewajarnya agar dapat membentuk modal insan terbaik kepada negara.

“Selaku wakil rakyat yang diamanahkan di sini, saya akan sentiasa membantu agar agenda membangunkan modal insan ini tercapai,”ujar Ghapur selepas merasmikan Bengkel Kemahiran Keibubapaan Siri 1, Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS pada Ahad.

 

Ibu bapa dan masyarakat setempat yang hadir pada majlis tersebut.

Ibu bapa dan masyarakat setempat yang hadir pada majlis tersebut.

 

Katanya lagi, beliau bersedia memberi bantuan sewajarnya terhadap mana-mana pelajar yang kurang berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Hadir sama pada program tersebut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik, Datuk Abdul Muis Picho; ADUN Tanjung Batu, Datuk Hamisa Samat dan Naib Ketua UMNO Kalabakan, Ismail Ait.

Dalam majlis itu juga Ghapur menyatakan keyakinan  bahawa rakyat di kawasannya akan menolak parti pembangkang pada Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Keyakinan ini jelasnya adalah berdasarkan keputusan pada dua penggal pilihan raya lepas dimana Barisan Nasional (BN) terus menjadi pilihan utama pengundi.

Jelasnya, kejayaan ini berikutan hanya BN sahaja yang giat mendekati rakyat dan berusaha menyediakan keperluan mereka.

“Sebagai contoh, pembinaan Dewan Terbuka Dato’ Seri Najib Razak di Merotai Besar ini adalah antara kemudahan yang disediakan kerajaan kepada rakyat di sini agar masyarakat dapat berkumpul dan melaksanakan pelbagai aktiviti, termasuklah berniaga.

“Dengan adanya kemudahan dewan ini juga ia turut membuka ruang penduduk untuk berniaga sebagai menambah pendapatan.

“Sebab itulah kita yakin dalam pilihan raya akan datang, pembangkang tidak akan memenangi satu kerusi pun di Bahagian Kalabakan ini,” katanya yang juga merupakan Pengerusi BN dan Ketua UMNO Kalabakan.

Beliau turut menaruh kepercayaan bahawa rakyat sentiasa bijak menilai tindakan pembangkang yang sering mempersalahkan kerajaan walaupun terbukti bahawa kerajaan sentiasa berkerja untuk rakyat.

 

-MRR

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...